Saturday, August 13, 2011

Salam Ramadhan Untuk Semua Pembaca.

Setelah sekian lamanya aku tak update blog ni, asyik sibuk dengan kerja luar saja, bila tiba bulan ramadhan ni jarang pulak aku buat kerja luar. Kali ni berkesempatan aku nak menekan keyboard ni untuk berkarya la konon. Ok sebelum tu aku ucapkan Salam Ramadhan untuk semua umat Islam tak kira dimana jua berada.

Setiap hari ramai pulak yang nak cari duit lebih, ya la dah nak dekat raya ni, ada juga nak buat pahala lebih, ok jugak tu. Sebenarnya semua nya dapat pahala, kerja cari duit lebih tu ibadah kan. Oleh itu berlumba-lumbalah cari rezeki yg melimpah dari allah ni..

Apa pendapat anda kalau aku bertanya siapa yang patut cari duit untuk hidupkan semula surau buruk ni ?


Tentu anda akan beritahu aku penduduk setempat itu yang yajib cari duit untuk menyara keperluan di surau tu kan?  Paling tepat sekali Penduduk yang berhampiran datang ke surau tu dan cuba wujudkan Ahli Jawatan Kuasa yang melakukan aktiviti untuk menyara surau tersebut. Solan yang seterusnya timbul ialah, jika keadaan surau tu dah teruk dan memerlukan sumber kewangan yang banyak untuk membaiki semula kemudahan yang ada, bagaimana pulak tu?





Ini lah hasil dari pakatan penduduk yang sudi datang dan bergabung untuk perpaduan dan menaikkan semula surau yang telah di tinggalkan sekian lama oleh penduduknya, jawatan kuasa yang lama telah ramai yang meninggal dunia dan belum sempat untuk menwujudkan generasi jawatan kuasa yang baru. Satu mesyuarat pakatan baru di wujudkan untuk membatalkan jawatan kuasa yang lama dan wujudkan jawatan kuasa yang baru.

Bersambung...
































0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More