Wednesday, February 9, 2011

Mari Kenali Ciri-ciri Kanak-kanak Pintar

Kajian ringkas yang saya buat ke atas seorang kanak-kanak yang boleh saya label kan ia sememangnya pintar iaitu anak saya sendiri yang bernama Muhammad Aidil Bin Aznan, mahir dalam bidang komputer pada usia yang muda 13 tahun. Mampu memasang sendiri sebuah komputer lengkap dengan program dan driver yg dia cari dari intenet, mampu mengendalikan beberapa program design sistem seperti 3D dan photoshop. Mengesan sendiri kerosakan PC, Upgred PC, minat mendalam dalam bidang sains dan Matematik. Dia bukan genius tapi pintar.

Kenapa saya buat kajian ini? Keputusan 5A dalam UPSR tahun lepas melayakkan dia ke MRSM dan beliau memang minat nak belajar di sana. Akan tetapi dia taknak tinggal di asrama, lalu menolak tawaran itu. Saya tak faham kenapa jadi macam ni. Bila aku imbas kembali apa sebenarnya yang berlaku, saya dapati yang dia suka belajar cara nya tersendiri, cara santai lepak depan TV atau Laptop, duduk menirap atau berbaring itu lah yg dia buat. Kalau main tak kira masa, tidur pun sama, makan ikut suka hati je.. mungkin anda dah tahu jawapan nya.

Sila baca dan beri komen pada saya yee..




Sejujurnya saya memang berminat dalam mengkaji topik "kanak-kanak pintar". Izinkan saya berkongsi dengan sahabat-sahabat semua maklumat yang saya dapat:

Ciri-ciri positif dari aspek fizikal, psikologi dan tingkahlaku kanak-kanak pintar cerdas

Pengamatan tinggi
Keinginan untuk tahu tinggi
Minat mendalam
Menerima infomasi dengan pantas
Ingatan yang tinggi
Mungkin dapat membaca lebih awal
Kerap membaca serta meluas
Tatabahasa yang tinggi
Tahap penumpuan yang lama
Kebolehan menyelesaikan masalah
Suka bertanya dengan lebih teliti
Keupayaan imaginasi yang tinggi
Minat dalam falsafah dan isu-isu sosial
Sangat sensitif dari segi emosi dan emosi tingkah laku
Sangat menitikberatkan hal-hal keadilan
Bersemangat dan bertenaga
Pandai berjenaka
Sangat teliti dan mementingkan kesempurnaan

Perkembangan asynchronous
-Perkembangan fizikal intelektual, emosi dan sosial adalah tidak sekata sebagai
contoh kanak-kanak berumur 6 tahun mungkin seperti kanak-kanak 10 tahun inteleknya,
kanak-kanak berumur 8 tahun seperti sosialnya dan kanak-kanak 6 tahun dari segi emosinya

Ciri-ciri negatif dan cabaran yang dihadapi oleh kanak-kanak pintar cerdas

- Permasalah dari segi perkembangan asynchronous
1. Kanak-kanak pintar cerdas ini boleh memahami secara intelektuel mengenai
perkara-perkara abstrak tetapi tidak mampu menagani perkara-perkara yang melibatkan
konsep emosi yang mana akan membawa mereka ke arah kebimbangan seperti
kematian masa hadapan seksualiti dan isu-isu yang lain

2. Perkembangan fizikal kanak-kanak pintar cerdas mungkin akan membataskan perkara
atau kerja yang mereka berupaya menyelesaikannya melalui gambaran intelek mereka.
Sikap teliti dan mementingkan kesempurnaan boleh mendorong mereka kearah kekecewaan

3. Mereka boleh terlibat sama dalam perbualan orang dewasa seperti isu-isu global
untuk satu minit tetapi selepas itu mereka akan menangis kerana mainan kegemaran
mereka diambil oleh seseorang

- Permasalahan dari segi pertuturan yang kehadapan dan kebolehan memberi alasan

1. Kanak-kanak pintar cerdas ini biasanya bersikap tidak mahu mengalah dalam apa-apa
perkara. Walaupun begitu mereka tetap kanak-kanak dan memerlukan disiplin yang betul
sengguh pun mereka itu bijak

2. Mereka boleh mempengaruhi orang lain. Ibu bapa dan orang dewasa lain perlu mangambil
berat supaya mereka tidak menjadi orang yang mampu mempengaruhi orang lain kearah
keburukkan.

3. Mereka juga akan cuba bersikap tunjuk pandai terhadap ibu bapa dan guru

- Permasalahan dari segi sikap teliti dan kesempurnaan serta masalah emosi yang sensitif

1. Sikap kesempurnaan boleh membawa mereka kepada takut terhadap kegagalan sehingga
mereka menjadi seorang yang putus asa

2. Mereka ini memerlukan data-data yang lengkap sebelum manjawap soalan-soalan
yang diberikan,mereka sebenarnya lebih suka mencari jawapan sendiri
kerana mereka malas untuk bersosial

3. Sikap sensitivity dan juga perkembangan minda mereka mampu untuk memikirkan
hal-hal seperti peperangan, kebuluran, pencemaran, ketidak adilan dan keganasan.
Jika mereka terlampau memikirkan isu-isu ini mereka akan mengalami
masalah ‘introverted’ dan mungkin menjurus kearah “existential depression”.

- Sifat-sifat Intelektual

Keupayaaan penaakulan luar biasa
Sifat ingin tahu yang tinggi
Kadar pembelajaran cepat
Kemudahan untuk pengabstrakan
Kadar pembelajaran cepat
Proses-proses pemikiran kompleks
Imiginasi yang tinggi
Keprihatinan moral yang awal
Sangat meminati pembelajaran
Tahap tumpuan yang lama
Pemikiran analitikal
Pemikiran divergen / kreatif
Mementingkan keadilan
Kemampuan refleksi

- Sifat-sifat Personaliti

Berwawasan
Perlu untuk difahami
Perlukan perangsangan mental
Mementingkan kesempurnaan
Perlukan ketepatan / logik
Suka berjenaka
Sensitiviti / empati
Keamatan yang tinggi
Tabah
Kesedaran diri yang tinggi
Tidak konformis/ tidak bersependapat
Berautoriti
Kecenderungan untuk introvet

Terima kasih kepada penulis Mohd Shahrul Naim
dan serba sedikit tambahan dari laman web yg lain.. .

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More