Sunday, February 27, 2011

Mimpi, Angan atau Impian Minda?

Banyak kawan-kawan aku kata yang aku ni sedang bermimpi dan jangan mimpi lagi nak itu nak ini. Sewaktu aku berusia 17 tahun , aku suka bermimpi yang aku ni seorang wira yang muncul untuk menyelamatkan manusia. Aku juga berangan-angan menjadi superhero yang menentang kejahatan. Aku kerap juga bercakap sorang-sorang, senyum tersengih waktu naik basikal ke sekolah. Aku harap mimpi aku menjadi kenyataan suatu hari nanti.. wah macam kesatria baja hitam pun ada, kadang-kadang macam Mac Gyver pun ada, kenapa aku suka sangat berangan atau mimpi watak-watak begitu ye?...



Sebenarnya bukan aku masih tak matang, atau berwatak kebudak-budakan.. cuma aku berbeza dari segi minat, minat bagaimana yang aku maksudkan? Aku minat aksi dan cara watak itu berfikir, aksi yang bukan sahaja menghiburkan tapi merangsang minda aku untuk menjiwai watak-watak tersebut. haha.. agak pening nak faham ya.. Terus terang lah, sebenarnya golongan seperti aku ni mempunyai kemahiran minda yang berbeza.
Sebagai contoh, salah seorang rakan saya, minat sangat kartun Dragon Ball macam saya juga, sampai ke hari ni.. beliau masih minat kartun tu, watak Goku San dalam cerita tu, terus menjadi sumber ilham beliau ketika mencari ilham dalam kerjayanya. Umur dah mencecah 40 tahun masih minat cerita kartun komik jepun.. Beliau merupakan CEO sebuah syarikat ICT di KL. haha.. hebatnya, masa kecil dulu, tak pernah miss baca buka Dragon Ball.


Pernah juga aku di ketawakan oleh rakan-rakan sewaktu aku menonton siri kartun dragon ball pada waktu rehat kerja, sempat kutuk aku lagi.. haha, macam budak-budak, dah ada anak pun masih tengok kartun..hihi. Siapa lah mereka tu..kenapa la ketawakan aku.. huhu.. Aku seorang Asist Enginer sahaja, bukan CEO mana-mana syarikat. Tapi aku paling di kenali kerana kepakaran aku dalam bidang elektronik, ya.. agak rumit kerja aku, agak tension juga. Tapi kau bayangkan aku boleh gelak ketawa lagi bila aku tengah repair mesin ICT. Haha.. ni gara-gara aku menghayati watak dragon ball kut..hii hii.

Ok, sebenarnya beginilah caranya orang yang bijak pandai belajar, sambil mata tengok tv, sambil makan, sambil fikirannya bekerja. Ada yang tonton cerita kartun komik atau superhero mereka sedang mencari sesuatu ilham. Ada juga yang menonton dan berangan serta sempat juga bermimpi yang dia superhero, mampu berfikiran lebih kreatif.

Saya tak sangka sekumpulan artis anak muda yang mengelarkan diri mereka KRU sudah kuat berangan juga, kalau tak tak kan keluar cerita CICAK MAN.

Anda cuba fikir, bagaimana terciptanya watak cerita Cicak Man ni..? Kat mana dia orang dapat ilham ye? fikir-fikirkan. Hebat kan, dapat kutipan Tayangan Jutaan Ringgit lagi.

Ramai yang hebat-hebat, kat luar negara, seorang pengangur yang telah di berhentikan kerja melukis di sebuah blog peribadinya, tujuan nya sekadar hiburan dan menghilangkan tekanan pada dirinya yang sedang menghadapi masalah kewangan yang serius. Akhirnya blog beliau menjadi tumpuan ramai. Tak sangka ramai yang minat dan terhibur dengan karya beliau. Beliau telah mengenakan bayaran pada sesiapa yang ingin meletakkan iklan di dalam blog beliau. Selain itu beliau juga menerima bayaran dari google yang meletakkan iklan-iklannya di dalam blog kartun komik beliau dan kini beliau merupakan seorang Jutawan Internet. Hebat kan?

Oleh itu juga saya mengharapkan beberapa cerita yang telah saya paparkan di atas dapat memberi sedikit panduan atau maklumat yang berguna. Jangan kita ketawakan lagi bila kita pandang rakan-rakan kita yang sedang tonton cerita kartun komik atau superhero. Sendiri mau ingat ya.. siapa kah mereka itu? kanak-kanak atau ?

Post saya kali ini agak berbeza sedikit dari post yang lalu.. ini cuma pendapat saya yang telah saya kaji secara peribadi. Terima Kasih dari saya. Sekian.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More