This is default featured post 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Monday, May 24, 2010

Messages dari seorang sahabat ..

salam semua..
Saya cuma nk minta anda baca "messages" dari seorang sahabat saya...
lihat video ini , dan klik link berikut :

keterangan selanjutnya Klik sini

Google Adsense



Pengenalan Google Adsense

Google Adsense adalah program yang menyediakan peluang kepada publisher (iaitu anda) untuk menjana pendapatan secara online melalui komisyen yang di bayar oleh pihak Google terhadap iklan Advertiser yang di klik oleh pengunjung di blog anda. Untuk memahaminya dengan lebih lanjut, anda harus mengetahui bagaimana Google Inc menjana pendapatan berbillion US dollar setiap tahun.

Google Adwords Program

Untuk makluman anda, Google Incorporation menjana pendapatan mereka melalui sumber pengiklanan di laman Web pencarian mereka iaitu Google.com, ianya dipanggil sebagai Google Adwords, yang berdasarkan kepada PPC (Pay Per Click) program.

Menerusi Google Adwords, para Advertiser berpeluang mengiklankan produk ataupun service mereka secara terus kepada potential customer berdasarkan kepada keyword yang digunakan oleh pengunjung dalam mencari maklumat di internet.
Berjuta-juta pengunjung internet menggunakan enjin pencari Google untuk mendapatkan maklumat, perkhidmatan dan produk yang mereka kehendaki secara online di internet. Mereka menggunakan keyword sebagai asas pencarian mereka.
Seseorang yang ingin membuat duit di internet akan menggunakan keyword “make money” atau “make money online” untuk mendapatkan maklumat tersebut.
Seseorang yang ingin berkahwin akan menggunakan keyword “wedding”, “wedding gift” atau “wedding gown” sebagai keyword mereka untuk mendapatkan maklumat tersebut.
Maka para Advertisers akan membida keyword tersebut berdasarkan kepada produk mereka untuk mensasarkan kepada pengunjung yang menggunakan keyword tersebut dalam pencarian mereka di enjin pencari Google.

sila download maklumat penuh di laman web ini :
www.rahsia-jana-wang-adsense.com

Sunday, May 23, 2010

Apa itu FOREX? – Pengenalan

Apa itu Forex?

Perkataan FOREX dipetik dari Foreign Exchange, iaitu pertukaran matawang asing oleh bank2 diseluruh dunia, berterusan selama 24 jam, 5 hari setengah seminggu.

Pasaran harian Forex ni dibuka dengan pasaran New Zealand dan Australia (5am-2pm), diikuti dengan Asia iaitu Jepun, Singapura (7am-4pm), kemudian Eropah (1pm-10pm) dan US (8pm-4am). Bagaimanapun, 3 sessi trading yg paling utama adalah Tokyo, London dan New York. Dikatakan waktu market paling aktif adalah apabila 2 sessi bertembung, iaitu sessi Tokyo – London (4pm – 5pm) dan sessi London – New York (8pm – 1am)

Memang sesuai sgt ler dgn time Malaysia….4-5 petang time minum kopi..lepak cafe…8mlm – 1pagi dah kompom ade kat rumah…layannnnn

Dengan faktor keaktifan pergerakan harga yg mencanak-canak, Forex menjadi alternatif paling popular kerana ROI nyer yg tinggi….secara purata, 5%-10% sebulan…ade yg boleh dapat lebih dari 100% sebulan…(kalau lah boleh dpt 100% sebulan…)

Matawang

Matawang utama dlm perdagangan Forex adalah USD, EUR, GBP, CHF, JPY, AUD dan CAD. Currency pair utama pula adalah currency yg berpasangan dgn USD…cth EUR/USD, GBP/USD, USD/JPY dan USD/CHF. Cross pair pula adalah currency yg tidak berpasangan dgn USD, seperti EUR/JPY, EUR/CHF, GBP/JPY dan EUR/GBP.

Platform

Seperti yg sumer sedia maklum, transaksi jual beli Forex ini dilakukan secara online. Terdapat 2 jenis platform iaitu software yg anda install di PC, atau web-based melalui Internet Browser. Cth software adalah MetaTrader, VT Trader….dan web-based pula adalah Easy-Forex.

Broker

Untuk membuka akaun Forex, anda perlu membuka dgn broker. Broker ni kebiasaannya mempunyai server diorang sendiri, dan ade right untuk tarik signal pertukaran matawang dari bank, dan kemudian dipaparkan pada platform yg tertentu yg akan kite gunakan utk trade. Pasal platform dah cite kat atas…so platform ape yg broker nak pakai, terpulang kepada broker. Cth broker adalah InstaTrader, FXCM, IKOFX, CMSFX, InterbankFX, dsbg. Mengenai broker ni, ade satu lagi jenis broker…iaitu ECN Forex Broker. Dengan ECN broker ni, signal yg kite nampak di platform adalah signal direct dari bank…bukan dari server broker…so takkan ade issu seperti anti-scalping, stop-lost hunting dan sbg.

Cukup dulu utk pengenalan….to be continue…

info dari : www.bebas-hutang.com


Sunday, May 16, 2010

10 Sebab Anda Gagal Menyelesaikan Tugasan Di Tempat Kerja Dengan Baik

Assalamualaikum w.b.t.

Anda mungkin pernah mengalami masalah tidak dapat menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh ketua dengan baik. Cuba anda semak kembali apakah faktor-faktor yang menjadi punca masalah anda itu, semoga dengan ini anda dapat mencari jalan penyelesaian bagi masalah anda itu.

1. Terlalu banyak gangguan
Berdasarkan kajian yang telah dibuat, antara gangguan yang sering berlaku di tempat kerja ialah mesyuarat yang tak dirancang, panggilan telefon, suasana bising dan sebagainya.

2. Anda tidak mempunyai sumber yang lengkap.
Seumpama tukang masak yang memerlukan sudip dan kelengkapan memasak yang lain, begitu jugalah dengan pekerja yang memerlukan maklumat dan kelengkapan kerja seperti komputer dan data-data yang diperlukan untuk menghasilkan kerja yang memuaskan dan tepat pada masanya.

3. Anda tidak tahu apa yang hendak dilakukan.
Menurut Clayton Warholm, seorang pakar di dalam komunikasi di tempat kerja, terdapat dua punca pekerja tidak mahir dalam melakukan kerja mereka. Samada tugasan yang diberikan itu tidak dijelaskan secara terperinci oleh ketua ( tidak tahu apa hendak dibuat) ataupun pekerja itu tidak dilatih dengan baik ( anda tidak tahu bagaimana untuk melakukannya).

4. Anda mempunyai terlalu banyak tugasan
Sesetengah orang mempunyai terlalu banyak kerja yang tidak mungkin dapat disiapkan walaupun terpaksa bekerja 24 jam sehari selama 7 hari seminggu. Perkara ini biasa berlaku dalam mana-mana organisasi yang mempunyai pekerja yang sedikit. Akibatnya, kekecewaan akan berlaku apabila anda tidak dapat menyiapkan tugas kerana tidak mungkin akan dapat melakukannya.

5. Anda tiada kemahiran menguruskan masa.
Pekerja yang mempunyai kemahiran ini melakukan apa yang paling penting tetapi sebaliknya pula bagi yang lemah pengurusan masanya melakukan apa yang dilihatnya senang dan menyeronokkan.

6. Anda seorang yang suka bertangguh.
Kenapa harus menunggu esok jika perkara itu boleh dilakukan hari ini? Anda mungkin menangguhkan sesuatu kerja itu kerana anda khuatir hasil kerja anda itu tidak memuaskan hati. Sebagai contoh, sekiranya anda takutkan kegagalan dan khuatir akan menghasilkan kerja yang kurang bagus, maka anda akan membuka peluang untuk anda mengelak daripada melakukan apa-apa. Walaupun anda sebolehnya inginkan kesempurnaan dalam setiap hasil tugas yang anda lakukan, tetapi bos ataupun client anda lebih melihat kepada kerja yang kurang sempurna daripada anda tidak melakukan langsung kerja tersebut.

7. Anda rasa tidak dihargai
Sekiranya anda merasakan diri anda tidak dihargai ataupun anda memperolehi gaji yang tidak setimpal dengan kerja yang anda lakukan, maka anda mungkin tidak dapat memberikan 100% komitmen dalam kerjaya yang anda ceburi. Secara sedar ataupun tidak kebanyakan pekerja cuba untuk menyeimbangkan antara ‘memberi dan diberi’ antara mereka dan majikan. Mereka akan melakukan kerja berdasarkan kepuasan hati mereka terhadap majikan. Pekerja yang merasakan mereka tidak dihargai akan menjadi kurang berusaha, kerap mengambil cuti, cuai dan sebagainya.

8. Keutamaan syarikat yang bertukar-tukar.
Anda sedang menyiapkan projek A, tetapi tiba-tiba majikan anda mengarahkan supaya anda meninggalkan seketika projek A tersebut dan memberikan tumpuan kepada projek B. Apabila perkara ini berlaku, anda akan berfikir bahawa anda tidak menyelesaikan tugas anda, tetapi majikan anda berfikir sebaliknya. Setengah orang adalah flexible dan senang untuk serasi dengan arahan yang baru dan teruja untuk melakukan tugas yang baru tetapi ada juga sesetengah orang yang akan merasa kecewa apabila tidak dapat menyiapkan sesuatu projek. Jika anda adalah orang yang kedua seperti disebutkan tadi dan bekerja di dalam industri yang sepanjang masa akan berlaku perubahan, maka anda perlu mempertimbangkan untuk menukar kerjaya anda.

9. Anda ‘Burned out’
Merujuk kepada website American Psychological Association, burnout ialah keletihan emosi yang disebabkan oleh tekanan yang teruk di tempat kerja. Ia mungkin kerana suasana tempat kerja yang negatif seperti pekerjanya sering bermusuh antara satu sama lain, tertekan dengan deadline yang ketat, jangkaan dan harapan yang terlalu tinggi terhadap sesuatu perkara, kerisauan dan melakukan kerja yang tidak sepadan dengan kemampuan. Kesemua ini adalah antara sebab dan punca berlakunya tekanan jantung dan sakit-sakit yang lain.

10. Ganjaran bagi tugasan yang telah anda siapkan.
Anda mungkin seorang yang hebat kerana dapat menyiapkan tugas sebelum ataupun tepat pada masanya. Namun peliknya, kebanyakan organisasi menghadiahkan pekerja yang rajin dan bekerja keras itu dengan tambahan kerja yang lebih banyak menggantikan bonus atau faedah yang lain. Sekiranya perkara ini berlaku di dalam organisasi anda, tidak mustahil anda akan merasakan tidak termotivasi untuk bekerja dengan lebih keras.

Terima Kasih Dari:
FITRAH POWER RESOURCES (001582603-H)

Thursday, May 13, 2010

Belajar Dari Kegagalan


Salah satu rahsia kejayaan itu ialah tidak pernah takut dengan kegagalan yang dihadapi. Kegagalan bagaikan sebuah cermin yang memperlihatkan kelemahan yang harus diperbaiki untuk menuju sebuah kejayaan!

Kegagalan akan membuatkan anda lebih matang. Ia merupakan salah satu ujian yang menguji kesabaran, ketabahan dan tidak putus asa. Namun, ada juga yang sering menyalahkan nasib sehingga tidak mahu berusaha untuk berubah.

Jadi, pada hari ini saya berikan kepada anda satu tips yang istimewa untuk anda berhadapan dengan kegagalan sekaligus memulakan langkah kejayaan anda yang lebih konsisten. :-)


a. Tabahkan diri anda : Ya, anda harus bersabar dan tabah. Kesabaran, ketabahan, tidak mudah beralah adalah kunci kepada kejayaan. Sikap malas dan tidak bersemangat hanya akan mengulangi kegagalan. Anda juga seharusnya rajin dan berdedikasi dalam melakukan tugas.

b. Kenal pasti punca : Anda harus mengenalpasti punca yang menyebabkan anda gagal. Perbaiki kelemahan tersebut. Tetapkan langkah2 yang sesuai agar anda tidak lagi menempuh kegagalan.

c. Cermin diri anda : Cermin sinonim dengan perkataan memotivasikan diri. Jadi, anda nilai kembali di atas setiap tindakan yang pernah anda lakukan. Ianya akan menjadikan sesuatu kerja anda sempurna sekiranya anda menilai setiap kali tindakan diambil.

d. Tetapkan matlamat : Untuk mencapai kejayaan, anda mesti mempunyai matlamat. Daripada matlamat, anda dapat menentukan hala tuju kejayaan anda. Pastikan anda mencapai target matlamat yang ingin dicapai dalam tempoh yang ditetapkan.

e. Dapatkan bimbingan dari senior : Istilah “orang lama” memang biasa anda dengar. Ya, senior anda merupakan orang yang paling berpengalaman. Mereka pernah mengalami kegagalan. Belajarlah dari mereka. Pasti anda akan berasa lebih mudah untuk berjaya.

Bersama Irfan Khari "Seminar Lipat Ganda MLM."


Apakah sebab utama perniagaan MLM kita gagal apabila kita mempromosikannya di Internet?

Jawapannya adalah- kurangnya KEPERCAYAAN

Internet merupakan medium perniagaan di mana kita tidak berjumpa bersemuka dengan prospek kita. Oleh itu, “kepercayaan” memainkan faktor yang penting sama ada anda akan berjaya ataupun tidak mempromosikan perniagaan MLM anda di Internet.

Dengan hanya memiliki laman web sahaja, ia masih tidak mencukupi untuk membina kepercayaan. Apa yang anda perlukan adalah laman web yang boleh membina kepercayaan prospek anda. Apabila anda telah berjaya membina kepercayaan, barulah prospek tidak ragu-ragu menyertai perniagaan anda.

So, misi utama anda adalah untuk BINA KEPERCAYAAN atau BUILD TRUST!

Bagaimana hendak melakukannya?

Tunggu kemunculannya di Penang.

DR>IRFAN KHARI

Wednesday, May 5, 2010

JAWATAN KOSONG ? ATAU KOSONG JAWATAN ?

Jawatan kosong selalu di cari, yang dah kosong jawatan tak nak pula.. kerana jawatan kosong ada segelintir orang yang sanggup tinggal kawan, ada juga tipu kawan dan ada juga makan kawan. Kenapa jadi macam ni..tanya lah pada diri sendiri.
Kosong jawatan yang saya maksudkan ialah sesuatu tempat untuk berkerja untuk cari rezeki halal yang masih kosong jawatannya. Di ads4buck masih ada peluang..terutamanya yang berniaga,berniaga saja ka..?oh tidak..yang kerja makan gaji pun boleh, lakukan secara sambilan.

seperti saudara kita ni memang dah sepenuh masa bersama ads4buck.com, dan dah masuk level orang yang berjaya..Mengangur pun ok juga.Asalkan ada kemahuan untuk belajar untuk berjaya.Ini juga salah satu jalan untuk kita membasmi kemiskinan.Yang paling penting di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Saya berpesan pada anda selaku pembaca, jangan lah memandang negatif benda ni, sistem ni..sebenarnya ini buka sistem skim cepat kaya..tgk je dah jadi gelabah. Saya juga berpesan pada diri saya sendiri..walauapapun kita buat cara yang halal iaitu bekerja makan gaji, atau berniaga juga cara yang halal, kita kena ingat yang jadi sumber pendapatan kita sekarang ini juga belumlagi terjamin..banyak sebab saya berkata macam tu..anda pun boleh berfikir punya. ... Bersambung>>>>

INI BUKAN PERNIAGAAN M.L.M


Monday, May 3, 2010

Apa dah jadi..


Apa dah jadi dengan facebook ni..dah sehari suntuk tak boleh nak masuk, nak kata server down takkan kut, orang lain leh login masuk, siap tinggal komen lagi, maaf la kawan2 semua kerana tak dapat nak balas komen anda semua..mungkin netbook saya ni kot kena virus, atau facebook saya sendiri kena hack, ye la mana tau kan, xpe lah.nak buat camna. Esok kita cuba lagi login.
Banyak kerja dah terbengkalai sehari ni, apa pun saya harap esok tu ok lah..kepada yang berminat nak tau tentang kelebihan facebook ni selalu lah lawat blog warong siber2u ni..banyak lagi yang akan saya kongsikan dalam blog ni.

“JIKA ANDA GAGAL UNTUK MERANCANG, MAKA ANDA MERANCANG UNTUK GAGAL”

KERTAS KERJA PINJAMAN JUGA DI KENALI RANCANGAN PERNIAGAAN(RP):

PENGENALAN

Selepas mengenal pasti dan memilih satu peluang perniagaan yang sesuai, usahawan perlu membuat perancangan yang teratur supaya perniagaan yang dirancang dapat dilaksanakan dengan berkesan dan sumber-sumber perniagaan dapat digunakan dengan lebih cekap. Selepas memilih satu peluang perniagaan, langkah seterusnya ialah menyediakan sebuah rancangan atau pelan perniagaan yang lengkap. Apakah yang dimaksudkan dengan rancangan perniagaan? Rancangan perniagaan adalah sebuah dokumen bertulis yang menerangkan perkara yang berkaitan dengan perniagaan yang hendak dilaksanakan. Dokumen tersebut mengandungi maklumat yang berkaitan dengan produk atau perkhidmatan yang hendak ditawarkan serta perancangan terperinci mengenai aspek pemasaran, pengurusan, operasi dan rancangan kewangan perniagaan. Rancangan perniagaan sering juga dikenali sebagai kertas projek atau kertas kerja.

klik di bawah ini untuk maklumat lanjut:


Perkhidmatan Kertas Kerja Pinjaman dan Percukaian

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More