Monday, February 28, 2011

Belajar Cara Orang Berjaya Berfikir..

Assalamualaikum dan Selamat bertemu kembali..


Mulai hari ini aku dah pun berpindah kembali ke Seberang Perai, Pulau Pinang. Melangkah kaki dengan semangat yang waja bagi mengubah kehidupan yang lebih terjamin dan sempurna. Aku terus bergabung di bawah satu bumbung dengan syarikat Sky Grobal Enterprise, fokus dalam bidang Supply and Services. Syarikat Xnan Marketing masih beroperasi seperti biasa, cuma pentadbiran sahaja akan di rombak semula. Haha.. macam rombak kerajaan lah pulak..

Rakan kongsi aku Mohd Masyadi Bin Yaakop telah bersedia dengan teknologi nya yang sedia ada, terima kasih kerana sudi bergabung, harap-harap anda akan Full Time macam aku juga tak lama lagi.. Bermula minggu ni kita dah banyak meeting yang akan kita buat.. biasala.. kat permatang pauh la pulak.. dekat sikit dengan pejabat. Untuk hari mula ni kita kena mulakan dengan topik kewangan.. ni yang serius sikit, pastu di tambah dengan plan-plan kerja perlaksanaan yang akan di susun semula. Banyak list barang nak kena beli ni.. semua ratusan ringgit lak tu..hahaha..

Ok, dalam post blog aku kali ni, aku cuma nak kongsikan sikit apa yang sedang berlaku pada diri aku ni..huhu.. dari sakit cari ubat, pastu sakit balik dan terus cari ubat lagi.. tak sudah-sudah aku berubat, kali ni aku nak sihat selalu..dah taknak sakit lagi.. cara nya aku nak mencegah dari berubat. Lebih baik kan.. oleh itu, aku ambil keputusan untuk berpindah dari Perak ke Pulau Pinang. Balik ke tempat asal aku semula.. Bukan aku kata tak bagus di Perak. Bagus sangat laa... aku dapat belajar banyak dan macam-macam kat sana.. Paling hebat dan bersejarah.. sewaktu aku memegang jawatan sebagai Pengurus Syarikat ... haha, tak dapat nak tulis.. rahsia la. Aku belajar cara orang berjaya berfikir, cara orang bodoh berfikir dan cara orang malas berfikir. Jangan marah ya.. aku iklas nak kongsi kat sini.

Belajar cara orang berjaya berfikir, aku telah lihat mereka yang sudah berjaya berfikir, bekerja dan terus bekerja. Setiap apa yang mereka nak lakukan, mereka ada plan tindakan nya. Bertindak bagaikan seorang Pahlawan, mengatur stratigi dan lengkap bersenjata. Bila berperang mereka sangat serius. Tahan dengan dugaan dan rintangan. Mereka mampu melaksanakan tugasan mereka secara berkumpulan dan mematuhi arahan yang di keluarkan oleh Team Leader atau Ketua Operasi. Jika ada masalah, mereka kembali bersatu dan berbincang sesama mereka. Tak da pula yang belot atau lari ketika berperang. Itulah mereka yang aku hormati cara mereka berfikir dan bertindak. Lima bintang dari aku.

Belajar cara orang bodoh berfikir, ehh.. jangan pandang topik ni tak guna, sangat berguna tau. Aku juga pernah lihat cara orang bodoh berfikir. Mereka punyai semangat yang kuat macam pendekar, kesemua bangga kerana ada kebolehan masing-masing. Mereka lengkap dengan senjata dan tak takut dengan cabaran. Mereka gemar bertindak cara mereka sendiri, macam ninja la pulak, sapa pun tak tahu kemana dan bagaimana mereka buat. Masing-masing dengan cara masing-masing dan akhirnya mereka hilang di pertengahan jalan. Tidak di lapurkan pada ketua mereka akan kesudahan kerja mereka. Terngaga lah ketua mereka yang di soal siasat. HHuuuu.. hampeh. Keesokkan hari baru muncul... hahaha, macam ninja. Dah selesai rupanya tugas yang di beri. Malangnya tugas itu tak di maklumkan kepada ketua mereka. Anda boleh fikirlah apa yang terjadi pada waktu pagi, dalam meeting, sebelum ninja sampai.. apa yang berlaku pada ketua ninja tersebut?

Belajar cara orang malas berfikir, haha..penting jugak ni.. sikit je saya nak kongsikan di sini. Bila di beri tugas, mereka yang sangat mahir dengan kemahiran mereka ini segera terus pulang ke rumah untuk terus berehat.. esok pagi baru mereka datang. Datang pun sekejab saja, tunjuk muka pandai lepas tu pergi bersarapan. Lepas tu baru berbincang apa yang nak di buat. Balik ke tempat operasi kemas barang dan duduk sekejab untuk update tugasan. Jika mood tak berapa elok hari tu.. pendekar-pendekar ni akan cuba menangguh kerja mereka dahulu atas alasan tak cukup kelengkapan. Lepas tu mereka ni tak buat apa yang sepatutnya mereka buat iaitu memaklumkan pada ketua mereka. Tambahan pula ketua mereka bercuti atau sibuk dengan tugasannya. Maka berfikirlah anda.. kenapa aku kata cara orang malas berfikir.

Ok.. post aku kali ni agak pedas bagi yang terasa ya.. maaf di pinta, mohon perubahan pada diri kalian sahabat-sahabat ku yang pernah sekali bersama sama berjuang dulu ya..

Renung-renunglah..

iklas
aznan

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More