Tuesday, August 16, 2011

Bunuh atau RM15,000 - Harian Metro hari ni.. huuuu...

Aku nak ajak korang baca petikan akbar ni.. jom baca..
 
Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa
kalidevi@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga asing bukan sahaja diculik tujuh lelaki warga senegaranya, malah turut diugut bunuh sekiranya rakan mangsa tidak membayar wang tebusan RM15,000 dalam kejadian di KL Sentral, pada 26 Ogos lalu.
Bagaimanapun, lelaki itu dibebaskan malam kelmarin sebelum membuat laporan polis berhubung kejadian itu, awal pagi semalam.

Difahamkan, pada 12 Ogos lalu, mangsa berusia 26 tahun baru sahaja hendak keluar dari pintu utama KL Sentral dan dikepung tujuh lelaki terbabit sebelum dilarikan dengan teksi.

Sumber berkata, mangsa yang cuba melawan ditumbuk di muka yang menyebabkannya pengsan dan apabila tersedar, dia berada di sebuah pangsapuri di Bandar Tasik Permaisuri, Cheras.


“Ketika berada di rumah itu, mangsa diminta menghubungi rakannya yang dikenali sebagai Mat untuk meminta wang tebusan RM15,000 dan sekiranya gagal, mangsa diugut bunuh,” katanya.

Macam-macam kes kat Malaysia ni.. macam-macam cara orang nak buat duit.. sampai nak bunuh orang.. Nasihat aku pada korang semua, cari lah cara yang halal, banyak lagi cara nak dapatkan duit.. JOM kita ber forum camna nk buat duit..

Jumpa lagi ya..

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More