Tuesday, August 16, 2011

Mentega mengandungi DNA babi ? Biar Betul ni !!!

Aku cuba dapatkan isu ni kat akhbar Sinar Harian hari ni  Selasa 16/08/2011.. Jom kita baca sama-sama.


KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan mentega jenama ‘Pure Creamery Butter-Golden Churn’ yang dipasarkan di Malaysia adalah tidak halal.

Ketua Pengarahnya, Othman Mustapha berkata, keputusan itu dibuat selepas, mendapati produk itu datang dari kilang yang sama dengan yang diedarkan di Sarawak walaupun pengimportnya berbeza.

“Perkara ini disahkan wakil syarikat Ballantyne Food dari New Zealand. Berikutan itu, umat Islam diminta tidak menggunakan produk tersebut,” katanya dalam satu kenya­taan di sini.

Othman juga meminta pemegang dan permohonan baru Sijil Pengesahan Halal dari Jakim atau jabatan agama Islam negeri yang menggunakan produk tersebut, menukarnya kepada yang mempunyai sijil halal serta mengemukakan resit pembelian bahan ramuan baru.

Othman berkata, perkara itu telah dimaklumkan kepada syarikat pengimport dan mereka bersetuju menarik balik produk terbabit dari pasaran.

Pada 19 Julai lepas, Jabatan Agama Islam Sarawak mengisytiharkan produk itu yang digunakan segelintir pengusaha kek lapis sebagai tidak halal kerana dikesan mengandungi DNA (asid deoksiribonukleik) babi, menyebabkan industri makanan itu terjejas.- Bernama

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More