Sunday, March 6, 2011

KEMPEN BESAR-BESARAN SEKITAR PERAK, PENANG DAN KEDAH.


Assalammualaikum dan salam sejahtera semua pembaca-pembaca blog Warong Siber2U ini.


Setelah sekian lamanya saya bersiap sedia untuk kembali ke Pulau Pinang, kini Saya sudah bertapak semula di tempat tumpah darah ku sendiri... negeri tercinta ku.. Pulau Pinang. Sekarang aku di Sungai Dua Butterworth. Di sinilah akan bermulanya promosi besar-besaran Blog Warong Siber 2U dot com serta Forum Warong Siber2U.

Langkah awal promosi adalah menyiapkan Banner-banner yang bakal akan di gantungkan di sekitar jalan-jalan utama seperti Bandar Perda, Seberang Jaya, Butterworth, Bukit Mertajam, Sungai Dua dan Tasek Gelugor. Banner ini akan memaparkan Iklan yang mempromosikan Blog Warong Suber2U.com serta forum nya sekali.

Kenapa saya nak promo secara offline?

Tujuan utama nya ialah untuk mempromosikan pernyertaan forum warongsiber2u kepada semua orang untuk menyertainya. Dengan Forum dan Blog Warong Siber2U.com , mereka akan mendapat banyak informasi kerjaya dalam bidang I.T dan bukan I.T

Selain dari itu , terdapat beberapa Iklan yang di dalam Blog WarongSiber2u juga akan turut di promosikan. Saya juga sempat bertemu dengan rakan-rakan Facebook saya yang merupakan usahawan-usahawan online dan offline tempatan yang memberi sokongan atas Promosi Besar-Besaran ini.

Ada juga yang bertanya, kena bayaran ke?

Jawapannya : Tidak ada sebarang bayaran di kenakan !!!!!!!

Sungguh hairan mereka.. Nak Buang duit buat promosi macam tu saja ke...

Sasaran Paling Utama Warong Siber2U adalah untuk menarik ramai ahli-ahli untuk turut serta dalam Team WarongSiber2U. Pihak WarongSiber2U akan membantu mereka yang menjadi usahawan atau belum lagi menjadi usahawan untuk turut serta dalam bengkel-bengkel, seminar serta kursus yang akan di anjurkan. Banyak lagi aktiviti yang akan di anjurkan oleh Team WarongSiber2U.

Pada post yang akan datang, kita akan saksikan beberapa aktiviti perancangan awal untuk pelaksanaan projek besar-besaran ini.

Sesiapa yang ingin meletakkan iklan di blog ini, sila PM di Facebook :
http://www.facebook.com/aznanhajihamad


Jika ada individu yang berminat untuk turut serta lebih awal dengan team warongsiber2u, boleh terus emailkan biadata kepada : warongsiber2u@gmail.com

sekian untuk kali ini.

Iklas
Aznan Haji Hamad
( Sertai Periklanan Nuffnang, banyak kelebihan nya..)

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More