Wednesday, March 2, 2011

Berjalan Dalam Gelap.. Bangkit Dari Lumpur Pekat ( Part 1)

Kisah lalu dimana aku sering berjalan dalam kegelapan telah mengajar aku erti kehidupan yang benar-benar mencabar, aku tak kisah jika aku terjatuh atau terlanggar kepala aku ni di dinding kerana jalan yang aku lalui itu teramatlah gelap.


Sebenarnya jika kita tiada ilmu pengetahuan atau tiada sebarang persediaan untuk menghadapi saat-saat yang sukar dan mencabar, kita sering kali menghadapi masalah serta tekanan yang amat hebat, sebagai contoh, aku sendiri pernah hidup susah dan tak tahu apa cara lagi nak aku buat untuk cari duit dan menyara anak-anak dan isteri ku. Ketika itu aku tak da langsung duit simpanan, aku habiskan duit dalam poket seluar untuk mengisi minyak petrol motosikal. Seterusnya aku pergi mencari kawan-kawan serta saudara terdekat untuk meminjam wang untuk membeli makanan dan makan bersama anak-anak dan isteri ku.

Malu sangat, dulu aku seorang yang lengkap dalam kehidupan dunia. Aku ada kredit kad yang boleh beli apa saja, 4 keping lagi, visa dan master. Huuu..hebat nya. Gaji aku RM4000.++ setiap bulan campur overtime dan elaun. Akan tetapi aku lupa diri, dunia aku penuh ego, ya la dulu aku hidup susah, pastu aku naik dengan cepat atas usaha aku sendiri, orang balik kerja terus balik rumah, aku tidak. Habis kerja jam 7.00 malam, aku pergi kelas sambung belajar sampai jam 11.00 malam, balik rumah jam 12 malam. Selama 3 tahun aku usaha, nak jadi engginer atau seorang yang hebat.

Aku lupa semua tu.. aku hancur dengan kesilapan yang aku buat, akhirnya aku merana, menyesal dan kecewa. Aku nekad dalam diri yang aku akan bangkit semula dalam kegelapan dan berlumpur. Sakit sangat bila aku yang dulu berada di atas, kini jatuh menjunam dalam lumpur yang gelap. Namum aku belajar muhasabah diri, aku kembali kan kekuatan dalam diri aku, aku pujuk hati ini, aku motivasikan diri ku sendiri. Sekarang aku telah bersiap semula untuk Berjalan dalam gelap dan bangkit dari lumpur yang pekat.

Bersambung...

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More