Friday, December 24, 2010

Minat Kemahiran Diri.


Salam sejahtera pada semua pembaca blog warong siber2U. Saya percaya semua orang ada kebolehan serta kemahiran tersendiri. Anda juga minat dengan kemahiran yang anda miliki, ya la kalau tak minat macam mana nak jadi lebih mahir.

Lepas pulang dari KL, seperti biasa saya meneruskan kerja-kerja promosi di laman web sosial, email dan web mudah.my. Tengah layan baik punya, datang seorang sahabat yang dah lama tak jumpa, ingat lagi dia hari terakhir kita orang jumpa kat KL depan Hentian Bas Pudu. Banyak pekara dan peluang yang di ceritakan, tergamam juga saya dengar.

Kemahiran dalam satu-satu bidang memerlukan fokus yang sepenuhnya, jika kita mahir berkenaan Pintu sebagai contoh, kita boleh pasang dan buka, repair atau ubahsuai, cat dan ukir, kayu dan plastik, malahan semuanya mahir tentang Pintu. Oleh itu kita buat perniagaan Menjual, Memasang, Membaiki, Mengecat Pintu Besi, kayu dan plastik.

Saya buat contoh ni supaya sahabat saya minat akan perkerjaannya yang saya sendiri terasa hebatnya, seorang peniaga pasir dan hanya tertumpu pada kerja-kerja penghantaran pasir sahaja. Beliau juga membeli pasir dari mana-mana agen pembekal pasir sekitar utara perak.

Cerita Pakar Pintu saya hanya sebuah cerita motivasi yang saya pernah dengar dari sahabat saya yang berbangsa cina, dah lama, masa tu saya masih lagi seorang Tenaga Pengajar di sebuah pusat latihan kemahiran. Pada mulanya beliau bermula dengan menerima tempahan memasang pintu jiran-jiran sahaja, pendapatan tidak menentu,ada yang berhutang dan ada pula yang lari bila nampak beliau. Ini menyebabkan beliau terpaksa meminjam wang dari kawan-kawan untuk meneruskan perniagaannya. Pelbagai cara yang beliau buat semata-mata mempertahankan perniagaan nya itu. Namun beliau tetap menerima nasib yang sama, dah la orang berhutang dengan nya, dia pula berhutang dengan kawan-kawan.

Ada yang berjumpa dan beritahu padanya supaya berhenti buat perniagaan tukang pintu, "semua orang di kampung ni sudah ada pintu, kau tak perlu buat perniagaan ni lagi, cari kerja lain saja". Kata-kata tu langsung tak bagi sebarang kesan, malah bakar semangatnya lagi ada la, dia ambil keputusan untuk membeli sebuah Van terpakai, nasibnya baik, Van tu masih elok enjin nya. Beliau mula bergerak dari taman perumahan ke taman perumahan yang lain. Akhirnya setelah setahun lebih beliau berusaha, kejayaan telah di temui..

Tender memasang pintu di sebuah blog pangsapuri yang lebih dari 100 pintu, dalam masa yang sama beliau juga dapat tender menukar pintu di blog yang berhampiran. Beliau turut di bantu oleh anak sulungnya dan seorang kawan yang juga jiran rumahnya. Dari hasil kerjanya yang bagus, beliau mendapat tawaran lagi memasang pintu blog-blog pangsapuri, rumah teres dan bagunan pejabat serta kedai. Dari pintu kayu ke pintu kaca, beliau memperbagaikan perkhidmatan. Namun semuanya Pintu. Kini beliau adalah pakar pintu. Usahawan ini telah berjaya mengubah nasib hidupnya bersama-sama keluarga dan seorang sahabatnya. Begitulah ringkasan cerita Si tukang pintu.

Sahabat saya seorang yang sangat aktif dalam perniagaan, beliau memahami kongsep yang digunakan oleh si tukang pintu dalam cerita saya. Fokus pada satu bidang dan mahirkan diri menjadi senjata utama dalam perniagaan. Membina nama atas kemahiran yang di miliki adalah jalan mudah untuk terus berjaya. Tambah beliau cabaran dan rintangan yang kuat akan memberi kesan positif malahan memahirkan lagi kemahiran yang kita miliki.

Bunyi handfone nya telah menghentikan perbualan kami yang telah hampir satu jam. Akhirnya beliau minta izin pergi dari situ dan berharapan dapat berjumpa lagi.

Kita harus memahirkan diri sehingga menjadi pakar dalam bidang yang kita benar-benar minat. Dari hobi timbul minat, dari minat menjadi mahir dan dari mahir menjadi Pakar. Itu lah kelebihan kita.

jumpa lagi...

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More