Friday, December 3, 2010

Gagal Dan Terus Gagal...


Kenapa masih gagal?

Kenapa selalu gagal?

Kenapa asyik gagal?

Kenapa?

Kenapa?

Mengapa Aku Yang Gagal...?

Tanya lah pada diri sendiri, ini kerana hanya kita sahaja yang tahu kenapa kita gagal.. kenapa saya berani kata bergitu? sebab saya pernah berkali-kali gagal, hanya orang yang pernah gagal sahaja yang tahu mengapa dia gagal dan terus gagal.

Semalam saya ke Bandar Parit Buntar, hujan lebat di sebelah petangnya. Saya keluar seawal pagi menuju ke sebuah Bank, Maybank Bagan Serai, dah masuk hari kedua saya ke bank yang sama. Tujuan nak ambil Kad Maybank Baru ganti yang telah hilang, ramai pulak orang. Saya cuba-cuba juga jeling pandang-pandang apa yang menarik sangat hari ni. Oh ya, nak masuk saham Amanah Saham Hartanah Bumiputera.

Menarik juga, dapat dividen bonus dua kali setahun, hanya untuk bumiputera sahaja. Syaratnya mudah, boleh melabur minima RM500. sahaja, RM1.00 untuk seunit. Pembelian hanya terhad RM 20,000.00 sehari sahaja. Tak pasti pulak saya, satu malaysia ke atau setiap negeri.. Apa yang penting, ia satu pekara yang menarik dan menguntungkan.

Saya ada modal sikit, tapi untuk kegunaan lain, saya hanya tambah satu lagi skim perlindungan Takaful Amal..salah satu pakej yang agak menarik bagi saya dan termampu. Hanya RM50. sebulan. Sikitnya... Sekarang umur saya dah masuk 36 tahun, cukup saja umur 40 tahun saya dah dapat RM 5000. di tambah dengan Bonus, jumlahnya mesti la RM5K +++. Memanglah insuran untuk cover sebarang kejadian yang semua orang tak nak.. tapi ia nya salah satu jenis pelaburan yang sangat baik untuk semua orang. Fikir-fikir dan renung-renungkan.

Lewat petang saya pulang setelah bertemu sahabat-sahabat di sana, saya terus pulang, sebelum sampai rumah, singgah sekejap beli buah tangan untuk anak-anak. Terjumpa seorang lagi sahabat, kami berbual dalam sebuah gerai, hujan turun dengan lebat. Sahabat menceritakan tentang kisah hidupnya. Kisah kegagalan beliau yang selalu berlaku dalam perniagaannya.

Setiap kali nak berjaya, ada saja masalah yang timbul. Ada yang sanggup jatuhkan kawan dengan berbagai cara, ada juga yang main teknik kotor dan ada juga yang cuba menipu pelbagai cara. Sahabat saya selalunya jadi mangsa... Sedih juga saya dengar, sambil menghirup kopi pekat. Saya hanya mampu memberi nasihat agar terus bersabar dan menyakinkan dia dengan perkataan belum ada rezeki.

Apa yang saya dapat dari kisah sahabat saya itu ada pula bersangkutan dengan pekara yang saya telah buat pada waktu paginya. Berikut beberapa pekara yang perlu semua orang patut buat :

1. Rancang Kewangan Anda.
- saya bukan pakar kewangan, tapi saya cuba dapatkan pakar kewangan yang bertauliah, sebagai contohnya, Bank. Bank bukan sekadar tempat anda ambil duit gaji sahaja, bank juga untuk anda rancang pelaburan untuk masa depan. Banyak produk yang ditawarkan, termasuk khidmat nasihat kewangan secara percuma. Anda tak perlu lantik atau bayar pada Perunding kewangan bebas. Anda cuma melabur dengan sedikit dahulu. Saya melabur bermula dari RM50. sebulan.

2. Rancang Setiap Tugasan.
-saya juga bukan pakar dalam bidang pengurusan, tapi saya cuba dengar pendapat orang yang lebih pakar dalam bidang ini. Belajar dari orang yang telah mencipta kejayaan tidak semestinya pergi berjumpa dan belajar. Saya hanya membeli buka-buka, ebook, majalah dan pelbagai lagi jenis media yang boleh membantu saya untuk rancang setiap tugasan. Belajar cara yang betul merancang setiap tugasan. Saya belajar cara uruskan duit dengan berjimat cermat ikut cakap DR. IRFAN KHAIRI hanya di Facebook.

sambungan pada post yang seterusnya... terima kasih.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More