Thursday, December 2, 2010

Kritikan Sebagai Ilmu Baru Untuk Diri.



Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih pada Tuan Jamal, seorang sahabat yang hebat dalam dunia Internet Marketing Tempatan. Tahniah atas kejayaan anda.

Kali ini saya nak kongsikan satu tajuk yang ramai juga anggap pekara mengkritik sebagai satu pekara yang boleh menjatuhkan semangat seseorang. Apa yang di katakan oleh Tuan Jamal pada semua rakan-rakan di Facebook adalah pekara yang betul. Tidak dapat dinafikan ramai yang menerima kritikan dari orang lain dah down terus motivasi dirinya. Terus putus harapan, tak mau teruskan lagi, cari yang baru dan mulakan dari pertama, lepastu jatuh semula, terima lagi kritikan, buat pula yang baru, jatuh lagi, terima kritik lagi dan seterusnya.

Mengapa tidak bila kita di kritik oleh seseorang tu, kita terima dengan berfikiran terbuka, dengar dan cermin diri sendiri, lepas tu, kaji kelemahan diri, tak apa kalau ambil masa sedikit untuk kaji diri sendiri, stop dulu tugasan kita. Penting sangat untuk kita. Bila kita tahu kelamahan kita berdasarkan kritikan itu, jangan buat keputusan untuk tinggalkan terus tugasan atau projet kita itu. Kita cuba belajar dari apa yang kita terima dari kritikan tersebut, jika perlu kita ubah suai, ubah lah, jika kita perlu tambah, tambah la. Keputusan di tangan anda.

Baru-baru ini saya menerima satu kritikan yang cukup pedas dan panas, boleh gaduh punya. Seorang sahabat lama, dah lama juga kami tak jumpa, bila jumpa bersalam-salam lah kami. Beliau juga seorang usahawan, dah nampak kejayaan. Mampu menyara keluarga dan mempunyai pendapatan yang agak tinggi dan stabil. Kami berbicara tentang tugasan masing-masing, dia mula bertanya pada saya, "Aku tengok hang dah semakin teruk sekarang, nampak macam takda kerja saja, apa pekerjaan utama hang?". Saya tampa segan silu menjawab " aku buat bisnes di internet, baru mula nak serius, biasala.. kena ambil masa sikit untuk nak naik."

Beliau tanpa soal selidik apa jenis perniagaan di internet yang saya buat terus mengkritik dengan membantah membangkang apa yang saya buat, meminta saya berhenti perkerjaan tersebut. Beliau mencadangkan saya berkerja menjadi Saleman Kereta Baru di sebuah syarikat. Menurutnya ramai kawan-kawan dah berjaya, sehinggakan ada seorang sahabat dah mampu memiliki kereta mewah . Pendapatan yang terjamin dan stabil dengan menjual kereta keluaran terbaru, komisyen pun tinggi, beribu-ribu ringgit sebulan. Saya tergamam seketika, perasaan pada ketika itu, nak marah pun ada, sedih pun ada, putus asa dan boring. Beliau menambah lagi dengan memberitahu saya yang beliau tahu perniagaan internet tu pendapatan hanya beberapa sen sangat, ramai kawan-kawan gagal dengan perniagaan internet, ada yang tak dapat apa langsung. Dia dah jumpa dengan orang yang dah gagal dan ubah pekerjaan lain.

Saya cuba untuk bertenang, tapi sebab tak tahan sangat saya minta dia beri peluang untuk saya bercakap. Saya memberi keputusan padanya untuk tidak menerangkan sepenuhnya karana ini semua buang masa saya. Biar dia tahu sendiri suatu hari nanti. Keputusan ini saya buat kerana saya dah malas sangat nak cerita benda yang sama pada setiap orang yang saya jumpa dan bertanya hal yang sama. Saya hanya bertanya apa jenis perniagaan internet yang dilakukan oleh orang yang gagal tu, beliau sendiri tak dapat nak jelaskan perniagaan internet yang di lakukan oleh kawannya. Saya cuba beritahu apa produk yang saya pasarkan di internet. Ebook, Video dan Grafik Design. Itu contoh yang saya bagi, beliau tak berani komen, mungkin beliau tak tahu apa itu ebook dan grafik design. Saya cuma terangkan sikit tentang video yang saya pasarkan, video tutorial belajar guna software komputer. Satu set berharga RM360. sama dengan komisyen jual kereta paling murah buatan tempatan. Hanya di internet, tanpa jumpa pelanggan, telefon berkali-kali untuk memujuk bagi membeli, tak perlu kejar taget untuk syarikat, tak perlu pergi sana sini, takperlu tabur flyes siang dan malam dan tak perlu balik lewat hanya kerana jual sebiji kereta.

Sahabat saya terus menambah untuk saya, jual kereta pun boleh promosi di internet, buat benda yang sama macam saya buat sekarang. Huu.. hebat betul saleman ni, dia pusing balik kata-kata saya. Saya hanya minta dia bagi bukti siapa yang dah berjaya buat cara macam tu, dia cuma berkata pada saya " Hang (awak) yang akan berjaya cara tu " . Itu je yang mampu dia jawab.

Kritikan tersebut telah memberi satu kesan yang positif bagi saya. Tidak mungkin sekalipun akan mengubah pendirian saya, biarpun saya gagal sekali pun dalam perniagaan internet, namum saya tetap teruskan jua.


Jom ikut sertai Kelas Blogger...


0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More