Tuesday, April 12, 2011

Kenapa Aku Kena Masuk Plan Takaful ??? Apa Hal Pulak Niiii !!!!!!

Kenapa Aku Kena Masuk Plan Takaful ??? Apa Hal Pulak Niiii !!!!! , jerik seorang sahabat ketika aku ajak dia sama-sama sertai plan Takaful dari Prudential, biasa la.. dia tak faham. Pagi tadi aku email secara ringkas tentang satu plan Takaful PruBSN, saja je nak test market, maklum la baru nak belajar, haha.. dah lama sebenarnya aku cadang nak jadi perunding kewangan, aku dah boring sangat jadi juruteknik atau jurutera elektronik ni.. memang lah lumayan, tapi lumayan lagi jadi Perunding Kewangan.

Berbekalkan sedikit pengalaman dalam kegagalan hidup, aku dah masak sangat dah liku-liku perjalanan dan pencaturan hidup ni, sehinggakan kegagalan itu memberi ilmu dan sumber sara hidup aku. Gagal pun boleh sara hidup ke ? pelik kan ? ... senang cerita, aku dah ada ilmu yang orang lain tak da, aku dah tahu yang mana baik dan yang mana buruk. Gagal itu sumber ilmu yang sukar kita dapat di mana-mana kolej atau universiti...

Ok , semalam aku ke Bandar Sunway Seberang Jaya, tujuan nak cari ilmu dan bahan untuk bekerja. Di pendekkan cerita.. Aku rasa aku dah jumpa apa yang aku cari, aku dah nekad untuk ambil PRUDENTIAL BSN sebagai salah satu produk dalam projek sebagai Perunding Kewangan.

Secara Peribadi aku katakan, dua benda ni sangat penting, Pelaburan Emas dan Plan Takaful BSN. Aku dah dapat apa yang aku cari selama ni, walaupun benda ni dah ada depan mata, mana tak nya, aku asyik dengan keindahan teknologi je.. hahaha.. keindahan teknologi, nasib baik bukan keindahan wanita atau gadis.. huhu..

Aku dah terlampau seronok sangat, oleh itu aku pun dah mula promo dan bercerita pada rakan terdekat aku serta orang kesayangan aku (isteriku). Aku dah ada planing besar tahun ni, aku dah mula buat plan kewangan aku sendiri. Maka wujudlah Plan Sumber Pendapatan Setahun. Hebat bukan, macam boleh jadi jutawan terus. Jika nak laksanakan taget yang aku fokus, aku kena kerja kuat tahun ni.. hihoo..



ok, aku juga nak ajak kawan-kawan untuk sertai plan ni jika berminat, jom kita sama-sama bekerja untuk masa depan dan orang tersayang. Mulakan dari sekarang, jangan tangguh lagi...



JOM KITA SAMA-SAMA....

1 comments:

salam...

apa cite dh jd ejen prubsn yg berjaya ke?

citela skit bro...

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More