Tuesday, April 19, 2011

Dah lama tunggu tak datang pun...

Dah lama aku tunggu tapi masih tak muncul-muncul, dah buat berbagai cara tapi masih tak menjadi, kalau kata fokus, memang boleh, tapi banyak halangan untuk terus fokus. Semalam aku try nak fokus satu job ni, tapi sama lah juga nampak macam tak jadi je.. maklum la.. modal tak cukup, bila sebut pasal modal, sebenarnya dulu aku dah dapat modal dari seorang sahabat, ya lah aku mengaku, kurang perancangan, sebab tu gagal je.. cuma ada lah sikit perkembangan. Boleh beza lah dengan diri aku dulu dan sekarang. Aku cuba nak buat kerjaya tetap aku, tapi halangannya modal pusingan tak ada, nak pinjam Mara tak ada peruntukan kata pegawai Mara, katanya kawasan yang aku tinggal tu banyak yang berhutang dengan Mara pastu tak bayar la pulak, Tekun, belum pasti aku boleh pinjam. Aku dah minimum kan kos utk perniagaan aku dah, Modal cuma Komputer yang lengkap dengan intenet dan sebuah Pejabat. Memandangkan kos sewa pejabat tinggi, aku buat pejabat begerak saja. Akan tetapi kena juga ada pejabat rasmi simpan data maklumat pelanggan.

Sampai sekarang semua tu masih peringkat rancangan sahaja. Kena bertindak ni. Ok kalau kita nak berjaya, kena tulis semua perancangan kita, dari awal hingga akhir, lepas itu ikut apa yg di rancangkan dalam kertas kerja tu.. Ingat manusia gagal bukan kerana nasib tapi mereka gagal kerana gagal merancang.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More