Tuesday, June 22, 2010

Bangun dari jatuh dan jatuh..

Aku cuba nak naik semula, tetapi berkali-kali dan kali aku jatuh dan terus tewas..namum aku pernah tak mengaku kalah, tapi..satu ketika tu aku terpaksa dan memaksa mengaku yang aku ni sudah kalah..tewas dan teruk sangat.
Aku kerja makan gaji semula, berkali-kali juga aku cuba, ada juga rintangan yang aku tempuhi..entah lah hidup tak serupa orang jadi nya. Megapa dan mengapa..apa yang aku buat semuanya tak jadi..aku kembali muhasabah diri.
Cari duit halal macam cerita cerekarama TV3 lakonan pelakon terkenal Rosyam Noor bertajuk "Sutera Di Sebalik Wajah" ahad lalu mengingatkan kisah silam aku sewaktu di Penang, pernah aku buat kerja camtu..tapi lagi teruk dari tu...Aku yang dulunya bekas seorang Tenaga Pengajar yang berkemahiran dalam bidang teknologi, hilang kerja kerana minat dan terus berniaga tanpa ilmu yang cukup, gagal dan hidup melarat, nak besarkan anak2 yang masih kecil masa tu..isteri yang terpaksa berkerja semula di sebuah kilang, aku yang cuba bermacam-macam cara nak cari duit. Masa tu lah jadi pengutip tin kosang, botol2 dan kotak2 buangan. Paling "best" takda lak sapa yang kenal aku masa tu..haha..malu tu memang la ada, pakai helmet macam rosham noor pakai la.."cover line"
Aku tak dapat lupakan semua tu..aku jadikan satu pengalaman yang hebat dalam hidup aku..sekarang aku dah mahir sikit selok belok perniagaan, tetapi pencapaian agak kurang memuaskan lagi.. Insyaallah..akan berjaya jugak nanti..

Itulah sebahagian cerita aku, rasa tak malu lak cerita kat pembaca blog ni..biar lah, sekurang-kurangnya..boleh membantu seseorang itu untuk Iktiar Hidup.

Semoga Jumpa Lagi..

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More