Thursday, May 13, 2010

Belajar Dari Kegagalan


Salah satu rahsia kejayaan itu ialah tidak pernah takut dengan kegagalan yang dihadapi. Kegagalan bagaikan sebuah cermin yang memperlihatkan kelemahan yang harus diperbaiki untuk menuju sebuah kejayaan!

Kegagalan akan membuatkan anda lebih matang. Ia merupakan salah satu ujian yang menguji kesabaran, ketabahan dan tidak putus asa. Namun, ada juga yang sering menyalahkan nasib sehingga tidak mahu berusaha untuk berubah.

Jadi, pada hari ini saya berikan kepada anda satu tips yang istimewa untuk anda berhadapan dengan kegagalan sekaligus memulakan langkah kejayaan anda yang lebih konsisten. :-)


a. Tabahkan diri anda : Ya, anda harus bersabar dan tabah. Kesabaran, ketabahan, tidak mudah beralah adalah kunci kepada kejayaan. Sikap malas dan tidak bersemangat hanya akan mengulangi kegagalan. Anda juga seharusnya rajin dan berdedikasi dalam melakukan tugas.

b. Kenal pasti punca : Anda harus mengenalpasti punca yang menyebabkan anda gagal. Perbaiki kelemahan tersebut. Tetapkan langkah2 yang sesuai agar anda tidak lagi menempuh kegagalan.

c. Cermin diri anda : Cermin sinonim dengan perkataan memotivasikan diri. Jadi, anda nilai kembali di atas setiap tindakan yang pernah anda lakukan. Ianya akan menjadikan sesuatu kerja anda sempurna sekiranya anda menilai setiap kali tindakan diambil.

d. Tetapkan matlamat : Untuk mencapai kejayaan, anda mesti mempunyai matlamat. Daripada matlamat, anda dapat menentukan hala tuju kejayaan anda. Pastikan anda mencapai target matlamat yang ingin dicapai dalam tempoh yang ditetapkan.

e. Dapatkan bimbingan dari senior : Istilah “orang lama” memang biasa anda dengar. Ya, senior anda merupakan orang yang paling berpengalaman. Mereka pernah mengalami kegagalan. Belajarlah dari mereka. Pasti anda akan berasa lebih mudah untuk berjaya.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More