Thursday, June 9, 2011

Di Pertengahan Perjalanan...


Setelah sekian lama aku cari lokasi nak buka opis sendiri, bukan lagi cara lama pejabat di rumah yang agak membosankan dan asyik terima kritikan kawan-kawan kampung yang tak faham konsep pejabat di rumah.Haha.. bukan nak kutuk orang kampung yang agak ketinggalan dengan budaya IT ni..biasalah dia orang kurang pendedahan IT.

Melangkah setapak lagi dengan menyewa pejabat yang agak cantik dan lokasinya menarik. Jarak dari rumah ke pejabat pun tak lah jauh sangat, dalam 1kg meter je.. mudah untuk segala urusan. Pejabat Jualan dan Pengurusan, itu cadangan awal yang aku dan isteri aku bincangkan. Apa pun aku menarik nafas lega bila dah sampai di pertengahan perjalanan ni.. rasa macam tak nak patah balik dah.. periknya hidup yang lalu..huhu.. .Pejabat ni adalah rumah kedua kami, ya la kat sini juga aku jadikan tempat kami berbincang masalah anak dan keluarga. Kami juga berbincang soal kerja dan kewangan bersama-sama, syukurlah isteri ku dah mula ikut cara aku bekerja. Teknik Marketing yang aku ajar pun menjadi bila dia buat. :)

Ini semua baru peringkat pertengahan jalan, belum lagi sampai arah yang nak di tujui.. Kesabaran menjadi senjata kami. Kasih sayang menjadi perjajian kami. Aku memilih isteri ku menjadi rakan kongsi dalam syarikat, dan melantiknya menjadi Pengarah Syarikat. Memang berbaloi, kena pandai kawal supaya tak tersangkut kat mana-mana budaya negatif.

Ok itu saja Posts utk kali ni.. dah lama sangat aku tak layan Blog ni.. haha, jumpa lagi semua. Thank n Syukur...

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More