Tuesday, November 9, 2010

Hakikat Sebuah Kehidupan..

Salam pada semua pembaca blog Warong Siber2U..

Dah lama saya Update blog ni. Saya cuba kongsikan serba sedikit tentang kehidupan seharian saya, mungkin boleh di jadikan panduan kepada anda melalui pengalaman saya.

Ehmm..agak sibuk dengan tugasan harian, nak siapkan banyak kertas kerja, kena bagi banyak tumpuan juga pada keluarga. Kadang-kadang apa yang kita buat tu, pada pandangan orang lain ia nya hanya sekadar membuang masa. Setiap hari, setiap masa yang terluang malahan selalu sahabat, jiran dan siapa saja akan jumpa saya dan menegor " tak kerja ka hari ni?".. aduh! boleh dikatakan setiap hari jumpa soalan yang sama..ya la mana dia orang tahu apa pekerjaan saya. Saya hanya mampu senyum.. kadang-kadang saya jawab jugak.." tengah kerja la ni.."

Bila kita jawab macam tu ada yang senyum dan ketawa, dalam fikiran saya, saya dah salah jawab ataupun saya dah salah tempat. Mungkin mentaliti atau pemikiran mereka berbeza dengan saya. Dulu saya di Penang, Ipoh dan KL..tapi sekarang saya di sebuah pekan kecil yang sedang membangun.. apa yang boleh saya buat hanya menerima sahaja apa karenah mereka. Jadikan satu pengalaman..

Kenapa kita kurang motivasi jika kita berada di satu tempat yang sederhana kehidupannya, kenapa pula kita kuat dan bermotivasi bila kita berada di sebuah bandaraya yang besar.. Ya, cabaran yang kuat di bandar menyebabkan kita tak boleh buang masa, kena selalu berubah dan meningkatkan taraf kehidupan kita. Kita mesti cuba untuk keluar dari zon selesa dan pergi ke zon peningkatan hidup. Jangan malu tak bertempat, cuba atasi masalah dengan penuh ketenangan. Pernah juga dalam poket dah tinggal 0.30 sen sahaja.. walaupun memiliki sebuah kereta yang di anggap mewah bagi penduduk kampung saya. Tapi hakikat sebenarnya saya dah poke kai!!.. Mana tak nya, perniagaan dah jatuh, mungkin cara atau keadaan yang menjadi penyebabnya.. saya tak mampu nak menyara sebuah keluarga, tambahan pula diri sendiri.. bukan tak ada pelajaran, siap ada diploma elektronik lagi, tapi masih gagal. Di sebabkan agak sukar untuk mencari pekerjaan yang di minati malahan lumayan, saya cuba dalam bidang perniagaan..

Jika nak ikut pengalaman, pernah juga berjawatan yang paling tinggi.. Pengurus Operasi sebuah syarikat di Bandaraya Ipoh, yang menjalankan perniagaan I.C.T, projek mega jugak tu.. mengendalikan peralatan ICT di bawah program PPSMI.. seluruh daerah Kinta dan Batang Padang..dalam negeri Perak. Saya juga pernah bertugas sebagai Tenaga Pengajar, jadi cikgu la. Elektronik dan Komputer, saya juga pernah jadi penceramah bebas dalam bidang ICT juga.. Masa dah berlalu, kejayaan hanya tinggal kejayaan..jadi pengalaman. Tapi yang ada pada saya hanya Ilmu Pengetahuan yang masih kekal dan melekat tersemat di fikiran saya. Inilah masanya saya gunakan untuk berkongsi dengan semua pembaca blog Warong Siber2U, saya dah lama tunggu saat yang bergini, minat nak ajar dan bantu orang dalam kehidupan yang menjadikan seseorang itu Pro dalam bidang yang di ceburinya..

Berkongsi pengalaman yang ada dan menambah pengalaman yang ada dengan cara menulis di Blog..kira macam penulis dalam buku jugak. Ia juga satu bidang kerjaya yang tidak boleh di pandang remeh oleh masyarakat. Menyebarkan ilmu dari pengalaman ini sangat penting. Ia dapat membantu mereka yang baru nak menempuh kehidupan nyata terutamanya yang baru nak berdikari.. baru masuk alam perkerjaan la tu, baru kahwin, baru dapat anak, baru jadi usahawan, baru nak belajar.. Ini lah cara saya untuk bantu anda pembaca blog ini, kalau dah baca tu, tak dapat apa ilmu yang ada, anda boleh bagi komen pada saya. Kalau dapat apa ilmu yang baru bagi anda, cuba lah hebahkan pada kawan2.. dapat pahala lagi.

Saya juga ada menyediakan satu blog yang memberi info tentang Kerjaya di Internet. Sangat bagus, banyak info yang akan saya upload kan di situ. Ada juga yang menawarkan peluang untuk buat duit secara sambilan, ebook2 yang panas di pasaran yang boleh menjana pendapatan berterusan. Semua ini saya sediakan untuk pembaca blog saya.

Panjang pulak penulisan saya kali ni..ya la, nak aktifkan balik blog warong siber2U ni kenalah selalu update.. Sampai sini lah dulu untuk kali ini. Moga bahan yang saya sediakan kali ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam kehidupan seharian..

Nantikan Post saya yang akan datang, mungkin dapat jadi panduan untuk anda..sekian terima kasih..

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More