Thursday, February 7, 2013

Ubahsuai Ruang Dapur Apartmen Anda.


   Rasa bosan ketika berada di dapur ? Kenapa hilang mood ketika nak memasak. Perasaan marah sering muncul bila tak ada mood untuk masak. Macam mana ni..
  

  Memang tidak dapat dinafikan, kediaman yang selesa juga membantu meningkatkan kebahagian rumahtangga seseorang.  Memiliki kediaman yang cantik dan selesa juga menyumbang aura terapi minda bagi diri seseorang, dengan mengenakan warna-warna yang menarik dan lembut bila mata memandang pada sudut ruang dapur memberi  kesan yang positif pada deria mata kita. Kecerian sentiasa muncul ketika kita berada di dapur sambil memasak untuk keluaraga tersayang.
  

    Pada pendapat saya,apabila anda merancang untuk membina sesebuah kabinet dapur, harus di fikirkan duju tentang perkara utama yang perlu anda ketahui. Pertamanya adalah bab ukuran-ukuran asasnya. Ini sangat penting ketika anda mahu melakukan ubahsuai dapur. Sebenarnya pembinaan dapur moden sudah pun mempunyai set ukuran-ukuran asas yang dianggap sebagai standard. Dengan menuruti ukuran-ukuran standard ini, dapur kita bukan saja dapat diselaraskan untuk tujuan ergonomik tetapi ia juga mudah disesuaikan dengan perkakasan atau aksesori lain. Pekara seperti ini sangat mudah sekiranya ukuran ruangan dapur anda di bina dengan ukuran yang standard seperti ruang dapur apartemen , rumah kos rendah dan rumah kos sederhana.
   Ukuran-ukuran asas yang perlu anda ketahui sebelum melakukan ubahsuai dapur antaranya ialah ketinggian untuk membina table top kabinet dapur dari lantai ke permukaan kerja, ketinggian untuk membina bar counter dari lantai ke permukaan bar, ketinggian untuk memasang wall unit atau kabinet atas  dari lantai bermula pada paras table kabinet dapur, memastikan kedalaman table top kabinet dapur dari depan ke belakang, memastikan juga kedalaman bagi wall unit kabinet atas dari depan ke belakang serta kedalaman bar counter. Anda boleh mendapatkan rujukan dari pakar ubahsuai dapur dari imanpuri.com . Mereka sangat mahir membuat nilaian berdasarkan bajet anda.
  
   Harus juga dilihat dari segi pemilihan material kabinet yang bersesuaian, ini juga mempengaruhi pencipta atmosfera yang bertepatan dengan keluasan dapur anda sekiranya ia terhad. Memilih material yang ringkas dan polos ditekankan kerana material kabinet yang bercorak bakal menimbulkan suasana ruang yang lebih sempit dan menampakkan wajah ruang dapur lebih kecil. Ia juga menyebabkan kurang selesa ketika kita berada di ruang dapur sebegitu. Penentuan warna corak yang juga menyebabkan hilang rasa minat bekerja di dapur.
   Warna putih pada setiap bahagian dapur yang di ubahsuai  akan memberikan satu impak yang besar pada citarasa ketenangan minda ketika berada di dapur, ia di sebabkan ruang Nampak lebih lapang. Kabinet yang di reka pula mampu menyimpan peralatan dapur anda lebih teratur dan kemas.Penggunaan kertas dinding yang menarik melahirkan wajah ruang dapur yang lebing anggun sentiasa Nampak kemas samaada ruang dapur basah atau ruang dapur kering.
Bagi anda yang ingin mendapat perkhidmatan konsultasi dari imanpuri interior & architecture bolehlah emelkan ke imanpuri@yahoo.com.     http://www.imanpuri.com

Terima Kasih...

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More