This is default featured post 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Monday, April 11, 2011

Berkongsi Ilmu Yang Sangat Berguna..

Dah lama sangat aku tak update blog ni, sedih dia.. , blog warong siber2u tetap akan meneruskan perjuangannya, menyampaikan ilmu yang mungkin berguna pada pembaca blog ni. Memanglah blog ni kurang dapat sambutan, entahlah, kurang promosi kot.. aku cuba nak jadikan blog ni sebagai blog informasi.. mungkin tema blog info sesuai dengan blog warong siber2u ini.

Ok, kali ni aku nak kongsi pasal satu topik ni iaitu :


PENGERTIAN TAKAFUL


Takaful adalah satu perkataan yang berasal dari perkataan Arab 'Al-Kafala (jamin) iaitu bermaksud 'Saling jamin menjamin'

Dari segi tafsiran Syara' ia adalah pakatan satu kumpulan untuk saling jamin menjamin dan bantu membantu antara satu sama lain ketika para peserta kumpulan tersebut ditimpa sesuatu musibah

CIRI - CIRI TAKAFUL

circle12_gray.gif Sistem Islam

circle12_gray.gif Sumbangan At-Tabarru'at

circle12_gray.gif Pelaburan halal

circle12_gray.gif Majlis Pengawasan Syariah

circle12_gray.gif Tiada unsur riba

circle12_gray.gif Tiada unsur maisir (Judi)

circle12_gray.gif Tiada unsur gharar (Tidak jelas)

circle12_gray.gif Al-mudharabah (Perkonsian untung)

circle12_gray.gif

Sistem Islam

Konsep insurans iaitu 'Golongan ramai yang bernasib baik membantu golongan yang tidak bernasib baik" merupakan satu konsep yang diiktiraf oleh Islam

Al-Quran dalam surah Al-Maidah ayat 2 bermaksud "Dan hendaklah kamu tolong menolong diatas perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu tolong menolong diatas perkara dosa dan permusuhan" merupakan bukti utama betapa sikap bantu membantu merupakan salah satu akhlak mahmudah (terpuji)

circle12_gray.gif

Sumbangan At-Tabarru'at

Tabarru'at merupakan perkataan Arab yang bermaksud menderma secara iklas

Dalam konteks operasi Takaful setiap peserta yang ingin mendapatkan perlindungan Takaful mestilah hadir dengan niat yang iklas ketika menyumbang (At-tabarru'at) bagi membantu sesama para peserta yang lain jika mereka menghadapi musibah. Dalam erti kata lain yang lebih tepat, semua peserta tersebut bersetuju untuk saling membantu dikalangan mereka ketika ditimpa kemalangan

Dalam industri Takaful, At-tabarru'at yang diperkenalkan ialah Al-tabarru'at yang bersyarat.

Bersyarat adalah dimana setiap peserta yang ingin menyertai Takaful mestilah menderma sesuai dengan risiko yang dibawanya. Syarikat terpaksa menetapkan kadar Tabarru'at kerana ingin memastikan Tabarru'at yang disertai oleh semua peserta tidak terjejas bagi memberi keadilan kepada semua pihak, justeru itu jika seseorang peserta membawa risiko yang besar maka kadar tabarru'at yang mesti disumbangkan mestilah sepadan dengan risiko tersebut

circle12_gray.gif

Pelaburan Halal

Wang peserta akan dilaburkan hanya dilaburkan di kaunter-kaunter pelaburan yang halal dan diluluskan oleh Majlis Pengawasan Syariah

Bentuk pelaburan;

  • Bon Kerajaan (Al-Qardul Hassan).
  • Akaun simpanan di bank (Al-Mudharabah).
  • Projek pelaburan (Al-Bai Bithaman Ajil).
  • Harta bangunan.
  • Pembiayaan perumahan.
  • Sekuriti saham (Senarai kaunter yang diluluskan oleh Syariah).

circle12_gray.gif

Ada Majlis Pengawasan Syariah

Akta Takaful 1984, seksyen 8 (5)(b):-

"Bahawa terdapatnya dalam artikel persatuan pengendali Takaful yang berkenaan peruntukan bagi penubuhan Majlis Pengawasan Syariah untuk menasihati pengendalian tentang perniagaan Takafulnya untuk memastikan yang ia tidak terlibat dalam apa-apa unsur yang tidak diluluskan"

circle12_gray.gif

Tiada Unsur Riba

Elemen RIBA wujud dalam penjanaan keuntungan pelaburan dan insurans yang akan digunakan dalam pembayaran pampasan kepada pemegang polisi. Ini kerana dana-dana tabungan kebanyakanya dilaburkan didalam instrumen kewangan seperti bon dan juga saham yang kerap melibatkan syarikat-syarikat yang beurusniaga dengan kegiatan sistem perbankan konvensional

Unsur RIBA juga terdapat dalam urusniaga PINJAMAN DARI POLISI (Policy Loan) yang ditawarkan kepada peserta dalam produk insuran hayat dalam sistem kemudahan pinjaman ini, syarikat insuran akan mengenakan bayaran faedah (Interest) kepada peserta yang membuat pinjaman. Jelas sekali bahawa faedah tersebut merupakan RIBA yang dilarang Islam.

circle12_gray.gif

Tiada Unsur Maisir (Judi)

Para ulama' menyatakan Maisir dan Gharar merupakan kaitan yang amat rapat. Ini bererti jika sesuatu transaksi itu mengandungi unsur gharar maka dengan sendirinya unsur judi turut ada. Kaitan antaranya adalah terlalu rapat dan saling berkait.

Maisir (Judi) dalam kontrak insurans wujud bilamana:

circle12_gray.gif

Peserta membayar premium yang kecil dengan mengharapkan wang yang lebih besar jumlahnya.

circle12_gray.gif

Peserta hilang wang premium apabila peristiwa ingin dilindungani (the insured event) tidak berlaku.

circle12_gray.gif

Syarikat akan rugi jika terpaksa membayar tuntutan yang melebihi jumlah premium yang diterima.

circle12_gray.gif

Tiada Unsur Gharar (Tidak Jelas)

Maksud Gharar ialah "Ketidakpastian". Ketidakpastian dalam transaksi muamalah ialah :

"Terdapat sesuatu yang ingin disembunyikan oleh sebelah pihak dan ianya boleh menimbulkan rasa ketidakadilan serta penganiayaan kepada pihak yang lain".

Di dalam kontrak insurans terdapat unsur ketidakpastian iaitu:

circle12_gray.gif

Tidak dapat dipastikan samada dapat atau tidak bayaran yang dijanjikan

circle12_gray.gif

Tidak diketahui kadar bayarannya

circle12_gray.gif

Tidak diketahui bila masanya

circle12_gray.gif

Al-Mudaharabah (Perkongsian Untung)

circle12_gray.gif

Mudharabah bererti perkongsian untung diantara peserta dan syarikat.

circle12_gray.gif

Nisbah ditentukan tetapi nilai tidak dapat ditentukan

circle12_gray.gif

Nisbah pembahagian untung bergantung kepada aqad yang telah dibuat

Contoh

Nisbah 80:20 atau 50:50 atas keuntungan diantara peserta dan syarikat

KEUNTUNGAN MENYERTAI TAKAFUL

circle12_gray.gif

Menegakkan sistem muamalah Islam

circle12_gray.gif

Mendapat skim perlindungan melalui pelan takaful.

circle12_gray.gif

Mendapat pulangan melalui perkongsian untung

  • Keuntungan Pelaburan semasa tempoh takaful ( iaitu dari akaun peserta (AP))
  • Keuntungan pelaburan selepas tempoh takaful (iaitu dari akaun Khas Peserta (AKP))
  • Nisbah Mudharabah - Bergantung 50:50 ; 80:20 diantara peserta dan syarikat

HUKUM SYARAK BAGI SKIM TAKAFUL

BERBANDING INSURAN KONVENSIONAL

circle12_gray.gif Pendapat JAKIM

circle12_gray.gif Pendapat Ulamak

KELEBIHAN INSURANS TAKAFUL

Insurans Takaful

Sistem Islam

circle12_gray.gif Prinsip ta'awun iaitu tolong menolong

circle12_gray.gif Prinsip tadhiyar - korban kepentingan diri untuk orang lain

Mengajak / mengatur menyertai

Sumbangan dengan konsep Tabarru'

(Derma bersyarat tolong menolong)

Pahala / Kebajikan

Ada peserta, niat murni, syarat, saksi

Pelaburan - untung dikongsi

Al-Mudharabah % dipersetujui RM tidak tentu dijanjikan

Sumbangan ditabungkan kepunyaan peserta

Syarikat Takaful hanya pengendali tabung / akaun peserta

Untung milik bersama antara syarikat pengendali dan peserta

Pelaburan saham yang HALAL sahaja

Lembaga Pengarah - Majlis Pengawasan Syariah

Prinsip Muamalah Islam

Tiada riba, gharar , maisir dan adil

Jika berhenti selepas 1 tahun, peserta mempunyai nilai serahan

Bonus diberi pada setiap tahun dan boleh dikeluarkan

Boleh mengeluarkan duit tanpa faedah

Zakat perniagaan dibayar

Tabung jariah membantu kita semasa di alam kubur


Carta Aliran Sumbangan Takaful Keluarga

Sumber maklumat : Manual Perunding Takaful Keluarga & Pentadbir Laman


diharap anda mendapat manafaat dari penerangan di atas, sekian dari warongsiber2u.com



Thursday, March 17, 2011

Telah Terbit! Panduan Khusus Untuk Akaun EMAS!

Salam hormat.. :)

Jika anda masih tercari-cari panduan khusus
tentang bagaimana memulakan pelaburan emas
melalui akaun simpanan dan pelaburan emas,
inilah peluang untuk anda mempelajari selok
belok tentang akaun emas!

Ya, anda tak perlu pening kepala dan bersusah
payah membuat kajian sendiri tanpa mengetahui
sejauh mana ketepatan faktanya kerana anda kini
berpeluang mempelajarinya secara khusus melalui
Ebook Kajian Kes Akaun Pelaburan Emas!

Anda juga bakal mempelajari Teknik untuk menjana keuntungan ketika harga emas sedang jatuh dan juga teknik mengaut keuntungan ketika harga sedang naik!

Selain itu, kajian kes ini turut menjelaskan tentang hukum Halal dan haram dalam akaun emas ini...

Saya dah dapatkannya dan amat berpuashati dengan isi kandungannya.

Penulisnya saudara Khairulnahar atau lebih dikenali sebagai Thinkerich, telah memudahkannya dengan cara penyampaian yang ringkas, padat dan amat mudah untuk difahami.

Anda boleh baca komen yang diberikan oleh para
pembaca melalui link berikut :

EMAS, EMAS, EMAS, EMAS....

Ikhlas,

aznan haji hamad

Thursday, March 10, 2011

Nak Berjaya Dengan Pantas Adalah Belajar Dari Mereka Yang Dah Berjaya!

Assalammualaikum dan salam bahagia.

Nak Berjaya Dengan Pantas Adalah Belajar Dari Mereka Yang Dah Berjaya!



Dari pengalaman, aku dah banyak kali gagal yang aku jumpa, dah masuk 10 tahun banyak kali juga aku gagal dalam perniagaan dan pencaturan hidup, terutama sekali dari segi kewangngan. Aku rasa macam dah serik, tak nak buat lagi... Tapi perasaan tu sekejab saja, macam terjatuh dan luka, bila sembuh luka aku lari sekuat hati lagi. hahaa..


Tapi sekarang aku dapat bimbingan dari kawan-kawan yang berjaya, berkawan dengan orang yang sememangnya hebat dan berjaya, dah lama dia berjaya bukan semalam atau kemarin dia berjaya. Aku bukan nak harta kekayaan nya, kata orang yang tak sudah-sudah tu, aku ni kaki bodek, biarlah apa orang nak kata, kalau nak jaga semua, letih lah aku.


Aku belajar tentang cara dia berfikir, aku belajar cara dia menguruskan kewangannya, aku juga belajar cara dia berkerja. Dahulu dia memang kerja teruk, namum dia banyak bersabar, dalam hatinya dia sentiasa berkata "aku tak akan susah selama-lamanya" itulah kata-kata semangat nya.


Aku belajar dari pengalaman kejatuhan dan kesilapannya, banyak benda yang aku perlu tahu lagi. Memang banyak kali dia buat silap, malah pernah buat kerja salah, tapi dia sedar lebih awal, kemudian dia jadikan teladan. Aku tak lalui semua tu, aku cuma dengar dia cerita, apa yang aku dapat 99% faham sama macam dia.


Oleh itu anda patut belajar dari orang yang telah berjaya, ingat lah jangan belajar atau ikut dari orang yang belum berjaya 100%.


Ok , post ringkas untuk kali ini.. jumpa lagi


aznan

Sunday, March 6, 2011

How to gain traffic for your blog?

Masih ramai lagi yang mencari-cari cara untuk mendapatkan trafik untuk blog masing-masing. Apakah motif mencari mencari trafik? Ianya sangat berguna bagi mereka yang meletakkan iklan pada blog seperti Google AdSense, Nuffnang, Advertlets dan sebagainya.

Salah satu cara menarik ramai pengunjung ke blog anda adalah.. anda cuma perlu guna keyword seperti di atas, dan cari isi-isi penting dari mana-mana website tentang bagaimana menarik ramai pengunjung ke blog. Anda akan jumpa banyak post menarik dan cuba baca dan terangkan semula dalam blog anda.

How to gain traffic for your blog?
About 2,300,000 (0.14 seconds)

anda boleh semak pada google kalau tak percaya.. antara keyword yang paling banyak carian.

Ok, aku nak cerita tentang orang yang berjaya menarik trafik ke blog mereka selepas menggunakan keyword seperti di atas. Ramai yang tengah mencari bagaimana nak tarik ramai pengunjung ke blog mereka.

Hebat sungguh mereka..

untuk keterangan lanjut..sila layari:

http://www.blogejon.com/tag/nuffnang/

sekian terima kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More