Rasa bosan ketika berada di dapur ? Kenapa hilang mood
ketika nak memasak. Perasaan marah sering muncul bila tak ada mood untuk masak.
Macam mana ni..
Memang tidak dapat
dinafikan, kediaman yang selesa juga membantu meningkatkan kebahagian
rumahtangga seseorang. Memiliki kediaman
yang cantik dan selesa juga menyumbang aura terapi minda bagi diri seseorang, dengan
mengenakan warna-warna yang menarik dan lembut bila mata memandang pada sudut
ruang dapur memberi kesan yang positif
pada deria mata kita. Kecerian sentiasa muncul ketika kita berada di dapur
sambil memasak untuk keluaraga tersayang.

Pada pendapat saya,apabila anda merancang untuk membina sesebuah kabinet dapur, harus di fikirkan duju tentang perkara utama yang perlu anda ketahui. Pertamanya adalah bab ukuran-ukuran asasnya. Ini sangat penting ketika anda mahu melakukan ubahsuai dapur. Sebenarnya pembinaan dapur moden sudah pun mempunyai set ukuran-ukuran asas yang dianggap sebagai standard. Dengan menuruti ukuran-ukuran standard ini, dapur kita bukan saja dapat diselaraskan untuk tujuan ergonomik tetapi ia juga mudah disesuaikan dengan perkakasan atau aksesori lain. Pekara seperti ini sangat mudah sekiranya ukuran ruangan dapur anda di bina dengan ukuran yang standard seperti ruang dapur apartemen , rumah kos rendah dan rumah kos sederhana.

Harus juga dilihat dari segi pemilihan material kabinet yang bersesuaian, ini juga mempengaruhi pencipta atmosfera yang bertepatan dengan keluasan dapur anda sekiranya ia terhad. Memilih material yang ringkas dan polos ditekankan kerana material kabinet yang bercorak bakal menimbulkan suasana ruang yang lebih sempit dan menampakkan wajah ruang dapur lebih kecil. Ia juga menyebabkan kurang selesa ketika kita berada di ruang dapur sebegitu. Penentuan warna corak yang juga menyebabkan hilang rasa minat bekerja di dapur.
Warna putih pada
setiap bahagian dapur yang di ubahsuai akan
memberikan satu impak yang besar pada citarasa ketenangan minda ketika berada
di dapur, ia di sebabkan ruang Nampak lebih lapang. Kabinet yang di reka pula
mampu menyimpan peralatan dapur anda lebih teratur dan kemas.Penggunaan kertas
dinding yang menarik melahirkan wajah ruang dapur yang lebing anggun sentiasa Nampak
kemas samaada ruang dapur basah atau ruang dapur kering.
Bagi anda yang ingin mendapat perkhidmatan konsultasi dari
imanpuri interior & architecture bolehlah emelkan ke imanpuri@yahoo.com. http://www.imanpuri.com
Terima Kasih...
Terima Kasih...
0 comments:
Post a Comment