This is default featured post 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Sunday, March 6, 2011

KEMPEN BESAR-BESARAN SEKITAR PERAK, PENANG DAN KEDAH.


Assalammualaikum dan salam sejahtera semua pembaca-pembaca blog Warong Siber2U ini.


Setelah sekian lamanya saya bersiap sedia untuk kembali ke Pulau Pinang, kini Saya sudah bertapak semula di tempat tumpah darah ku sendiri... negeri tercinta ku.. Pulau Pinang. Sekarang aku di Sungai Dua Butterworth. Di sinilah akan bermulanya promosi besar-besaran Blog Warong Siber 2U dot com serta Forum Warong Siber2U.

Langkah awal promosi adalah menyiapkan Banner-banner yang bakal akan di gantungkan di sekitar jalan-jalan utama seperti Bandar Perda, Seberang Jaya, Butterworth, Bukit Mertajam, Sungai Dua dan Tasek Gelugor. Banner ini akan memaparkan Iklan yang mempromosikan Blog Warong Suber2U.com serta forum nya sekali.

Kenapa saya nak promo secara offline?

Tujuan utama nya ialah untuk mempromosikan pernyertaan forum warongsiber2u kepada semua orang untuk menyertainya. Dengan Forum dan Blog Warong Siber2U.com , mereka akan mendapat banyak informasi kerjaya dalam bidang I.T dan bukan I.T

Selain dari itu , terdapat beberapa Iklan yang di dalam Blog WarongSiber2u juga akan turut di promosikan. Saya juga sempat bertemu dengan rakan-rakan Facebook saya yang merupakan usahawan-usahawan online dan offline tempatan yang memberi sokongan atas Promosi Besar-Besaran ini.

Ada juga yang bertanya, kena bayaran ke?

Jawapannya : Tidak ada sebarang bayaran di kenakan !!!!!!!

Sungguh hairan mereka.. Nak Buang duit buat promosi macam tu saja ke...

Sasaran Paling Utama Warong Siber2U adalah untuk menarik ramai ahli-ahli untuk turut serta dalam Team WarongSiber2U. Pihak WarongSiber2U akan membantu mereka yang menjadi usahawan atau belum lagi menjadi usahawan untuk turut serta dalam bengkel-bengkel, seminar serta kursus yang akan di anjurkan. Banyak lagi aktiviti yang akan di anjurkan oleh Team WarongSiber2U.

Pada post yang akan datang, kita akan saksikan beberapa aktiviti perancangan awal untuk pelaksanaan projek besar-besaran ini.

Sesiapa yang ingin meletakkan iklan di blog ini, sila PM di Facebook :
http://www.facebook.com/aznanhajihamad


Jika ada individu yang berminat untuk turut serta lebih awal dengan team warongsiber2u, boleh terus emailkan biadata kepada : warongsiber2u@gmail.com

sekian untuk kali ini.

Iklas
Aznan Haji Hamad
( Sertai Periklanan Nuffnang, banyak kelebihan nya..)

Saturday, March 5, 2011

Buat Duit 2USD Setiap Hari Dengan Free Signup



Pada mula aku macam tak percaya sangat, tapi bila aku ingat-ingat balik, aku pernah join program affiliate macam ni dulu. Memang ada income, masa tak lah banyak, tak cukup dan tak lebih dari 50usd tak boleh tebus duit tu. Dia hantar guna akaun paypal. Itu dulu.. aku tak pandai nak promosi.. intenet pun tak berapa ok.

Kali ni berbeza dengan program yang pernah aku join dulu, ia nampak lebih sempurna dan lengkap dengan bahan-bahan untuk promosi link kita, lebih kurang sama dengan program pay per lead juga, tapi yang ni Pay Per Signup. Program macam ni anda tak perlu bayar 1 sen pun, Admin atau pemilik progam ni sedang buat promosi untuk memperkenalkan laman web nya pada semua pengguna intenet sahaja. Sebagai wang saguhati, dia beri pada sesiapa yang berminat untuk mempromosi link website ni. Pihak admin website ini juga dalam usaha mengumpul senarai email untuk pihak nya mudah menjalankan promosi produk nya. Oleh itu tiada sebarang penipuan atau Scam yg berlaku. Inilah cara mereka mempromosi website mereka secara berkempen menjadi ahli.

Anda tidak perlu bimbang, tugas anda mudah saja, klik link yang saya sediakan ,anda akan di bawa ke website mereka, kemudian klik butang yang bertulis : Create your FREE account. kemudian anda ikutlah mengisi borang yang di sediakan, dan anda akan mendapat email, baca email anda. Seterusnya ada boleh login ke akaun anda dan dapatkan link promosi anda seperti saya. Ajak lah seberapa ramai kawan-kawan di Facebook untuk sertai "buat duit 2 usd setiap hari.

Ya.. anda akan di bayar 2 USD setiap signup.

apa tunggu lagi.. bertindak segera. Klik link di bawah segera..
Link Tracking and Cloaking Software
Link Tracking Software by LinkTrackr

Friday, March 4, 2011

PEMILIHAN KURSUS PENGAJIAN DAN KERJAYA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Alhamdulillah dan saya ucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar yang telah berjaya menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2010 dengan jayanya dan kini sudah semestinya ramai kalangan remaja lepasan SPM 2010 sedang bekerja sambilan atau belajar sedikit untuk menyambung pengajian kelak bukan?

Tidak mengapa, bagi yang bekerja sambilan,mereka boleh mendapat wang saku lebih dan bagi yang belajar, sudah tentunya mereka dapat menyediakan diri anda ke pengajian yang lebih tinggi nanti.

Keputusan peperiksaan SPM 2010 akan keluar tidak lama lagi.Mesti para pelajar lepasan SPM 2010 sekarang sedang berdebar-debar menunggu keputusan SPM 2010 nanti bukan? Dup, dap, dup, dap berdebar. Jadi apakata sebelum mereka mendapat keputusan SPM 2010 nanti, mereka semestinya dahulu perlu persiapkan diri mereka dengan maklumat-maklumat terkini mengenai peluang kerjaya.

Mereka juga mesti tertanya-tanya bagaimana nak memohon kerjaya atau peluang pengajian? Prosedur permohonan? Tidak mengapa, untuk permulaan apa kata anda baca sedikit mengenai pemilihan kursus pengajian selepas SPM. Mana tahu maklumat yang bakal diberikan sedikit sebanyak dapat membantu mereka utamanya pelajar lepasan SPM dalam membuat persiapan selepas menerima keputusan SPM 2010 kelak.


PEMILIHAN KURSUS PENGAJIAN DAN KERJAYA

Setelah menerima keputusan SPM nanti, tibalah masanya untuk para lepasan SPM memilih jalan kehidupan yang seterusnya. Hal ini akan memfokuskan kepada proses pemilihan kursus pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Objektif utama kepada proses membuat keputusan ini ialah satu keputusan untuk mengikuti kursus yang diharap paling bersesuaian dengan pelajar, mendapat restu dan sokongan daripada penjaga pelajar khasnya ibu bapa. Restu itu penting untuk para pelajar kerana mereka akan sentiasa mendapat keberkatan dalam hidup.

Pemilihan kursus bagi pengajian di peringkat yang lebih tinggi perlu dilakukan dengan berhati-hati. Ia perlu mengambil kira pandangan pihak lain umpamanya ibu bapa, para guru, ataupun tokoh yang telah berjaya dalam bidang berkaitan.

Di samping itu, pelajar perlu bersikap proaktif dan bijak dalam usaha mendapatkan maklumat berkenaan kursus, institusi pengajian dan potensi kerjaya berkaitan. Hal ini membantu pelajar membuat keputusan terbaik berdasarkan kepada maklumat yang diperoleh.

Terdapat pelbagai jenis sumber maklumat yang boleh diteroka oleh pelajar, umpamanya melalui laman web rasmi sesebuah institusi pengajian itu, forum maya, karnival pengajian tinggi, hari terbuka kampus, risalah, majalah,buku-buku panduan kerjaya yang TERKINI serta sumber-sumber yang lain.

Kebiasaannya, persoalan pertama yang bakal timbul ialah apakah kursus atau kerjaya yang ingin diikuti? Adakah ia kejuruteraan, perubatan, perakaunan, ekonomi, sains atau sebagainya? Secara umumnya jawapan kepada persoalan ini merujuk kepada minat serta kecenderungan yang dimiliki oleh seseorang pelajar itu.

Bagaimana untuk mengetahui minat atau kecenderungan diri? Secara ringkas, jawapan tersebut adalah berkait rapat dengan aktiviti bermanfaat apakah yang berhasil membuahkan kepuasan kepada diri pelajar setelah berjaya melaksanakannya.

Tetapi jika pelajar ingin mengkaji minat serta personaliti diri secara mendalam, pelajar boleh mengambil ujian personaliti diri daripada guru kaunseling ataupun Internet serta buku-buku panduan kerjaya yang TERKINI. Keputusan ujian tersebut mungkin dapat mengaitkan personaliti sesuatu kerjaya itu dengan personaliti diri pelajar.

Namun, dua kaedah tersebut hanyalah sebahagian daripada kaedah dalam proses mengenali diri dan ia tidak semestinya memberi jawapan mutlak kepada kerjaya yang menyamai minat diri.

Proses penerokaan minat diri berlaku secara berterusan dan kadang kala pelajar akan menemuinya dalam fasa kehidupan di kampus mahupun setelah bekerja nanti. Namun, kursus pengajian yang bakal diikuti selepas persekolahan menengah merupakan asas pengetahuan kepada apa jua kerjaya yang bakal diceburi kelak.

Seperkara juga yang perlu dikaji tentang sesuatu kursus itu ialah adakah ia diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau tidak. Hal ini penting agar sijil yang diterima setelah menamatkan kursus dapat diiktiraf oleh bakal majikan berdasarkan penarafan MQA.

Jadi untuk anda pelajar lepasan SPM 2010 khususnya,aspek ini perlu diberikan penekanan dahulu iaitu mengenali dan memahami ciri-ciri utama dalam pemilihan kerjaya.


MENGENALI DAN MEMAHAMI CIRI-CIRI UTAMA DALAM PEMILIHAN KERJAYA

 Sentiasa mendapat keberkatan dan keredhaan ALLAH
 Sentiasa mendapat restu dan sokongan dari ahli keluarga
 Mempunyai minat yang mendalam dan cita-cita menggunung
 Peluang pekerjaan secara global dan bergaji lumayan
 Kurang persaingan tetapi punyai peluang yang cukup luas.


Berikut yang diterangkan adalah tips-tips dalam pemilihan kerjaya. Mungkin banyak tips lagi yang terdapat, tetapi saya rasa ianya cukup untuk menerangkan keseluruhannya. Keputusan SPM 2010 bakal keluar dan kita akan berjumpa lagi untuk bertanya mengenai keputusan SPM pelajar-pelajar kita nanti.


Ingin mendapatkan Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM yang terkini? Dapatkan rujukannya di www.LepasanSPM.com

Sekian dari saya,
- Muhd Khairul Fakrullah Bin Mohd Noh
Admin www.LepasanSPM.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More