Salam sejahtera pada semua pembaca blog warong siber2U. Saya percaya semua orang ada kebolehan serta kemahiran tersendiri. Anda juga minat dengan kemahiran yang anda miliki, ya la kalau tak minat macam mana nak jadi lebih mahir.
Lepas pulang dari KL, seperti biasa saya meneruskan kerja-kerja promosi di laman web sosial, email dan web mudah.my. Tengah layan baik punya, datang seorang sahabat yang dah lama tak jumpa, ingat lagi dia hari terakhir kita orang jumpa kat KL depan Hentian Bas Pudu. Banyak pekara dan peluang yang di ceritakan, tergamam juga saya dengar.
Kemahiran dalam satu-satu bidang memerlukan fokus yang sepenuhnya, jika kita mahir berkenaan Pintu sebagai contoh, kita boleh pasang dan buka, repair atau ubahsuai, cat dan ukir, kayu dan plastik, malahan semuanya mahir tentang Pintu. Oleh itu kita buat perniagaan Menjual, Memasang, Membaiki, Mengecat Pintu Besi, kayu dan plastik.
Saya buat contoh ni supaya sahabat saya minat akan perkerjaannya yang saya sendiri terasa hebatnya, seorang peniaga pasir dan hanya tertumpu pada kerja-kerja penghantaran pasir sahaja. Beliau juga membeli pasir dari mana-mana agen pembekal pasir sekitar utara perak.
Cerita Pakar Pintu saya hanya sebuah cerita motivasi yang saya pernah dengar dari sahabat saya yang berbangsa cina, dah lama, masa tu saya masih lagi seorang Tenaga Pengajar di sebuah pusat latihan kemahiran. Pada mulanya beliau bermula dengan menerima tempahan memasang pintu jiran-jiran sahaja, pendapatan tidak menentu,ada yang berhutang dan ada pula yang lari bila nampak beliau. Ini menyebabkan beliau terpaksa meminjam wang dari kawan-kawan untuk meneruskan perniagaannya. Pelbagai cara yang beliau buat semata-mata mempertahankan perniagaan nya itu. Namun beliau tetap menerima nasib yang sama, dah la orang berhutang dengan nya, dia pula berhutang dengan kawan-kawan.
Ada yang berjumpa dan beritahu padanya supaya berhenti buat perniagaan tukang pintu, "semua orang di kampung ni sudah ada pintu, kau tak perlu buat perniagaan ni lagi, cari kerja lain saja". Kata-kata tu langsung tak bagi sebarang kesan, malah bakar semangatnya lagi ada la, dia ambil keputusan untuk membeli sebuah Van terpakai, nasibnya baik, Van tu masih elok enjin nya. Beliau mula bergerak dari taman perumahan ke taman perumahan yang lain. Akhirnya setelah setahun lebih beliau berusaha, kejayaan telah di temui..
Tender memasang pintu di sebuah blog pangsapuri yang lebih dari 100 pintu, dalam masa yang sama beliau juga dapat tender menukar pintu di blog yang berhampiran. Beliau turut di bantu oleh anak sulungnya dan seorang kawan yang juga jiran rumahnya. Dari hasil kerjanya yang bagus, beliau mendapat tawaran lagi memasang pintu blog-blog pangsapuri, rumah teres dan bagunan pejabat serta kedai. Dari pintu kayu ke pintu kaca, beliau memperbagaikan perkhidmatan. Namun semuanya Pintu. Kini beliau adalah pakar pintu. Usahawan ini telah berjaya mengubah nasib hidupnya bersama-sama keluarga dan seorang sahabatnya. Begitulah ringkasan cerita Si tukang pintu.
Sahabat saya seorang yang sangat aktif dalam perniagaan, beliau memahami kongsep yang digunakan oleh si tukang pintu dalam cerita saya. Fokus pada satu bidang dan mahirkan diri menjadi senjata utama dalam perniagaan. Membina nama atas kemahiran yang di miliki adalah jalan mudah untuk terus berjaya. Tambah beliau cabaran dan rintangan yang kuat akan memberi kesan positif malahan memahirkan lagi kemahiran yang kita miliki.
Bunyi handfone nya telah menghentikan perbualan kami yang telah hampir satu jam. Akhirnya beliau minta izin pergi dari situ dan berharapan dapat berjumpa lagi.
Kita harus memahirkan diri sehingga menjadi pakar dalam bidang yang kita benar-benar minat. Dari hobi timbul minat, dari minat menjadi mahir dan dari mahir menjadi Pakar. Itu lah kelebihan kita.
Koleksi Tutorial Photoshop Top Secret yang telah saya perbaharui semula kulit luarnya (DVD Cover). Formatnya telah di ubah dari ISO menjadi FLV. Mudah tonton dan senang faham. Belajar buat Design hanya dari rumah. Sesuai bagi anda yang sibuk atau tak ada peluang nak pergi kursus. Ini lah sebahagian dari cara buat duit dari rumah. Dari pengalaman saya, asalnya tak ada langsung ilmu photoshop, tak pergi pun mana-mana kursus, cuma belajar dari rumah saja. Sekarang saya mampu buat duit dari photoshop. Melukis memang hobi saya, minat yang diasah sejak dari bangku sekolah lagi. Saya menggunakan photoshop sebagai salah satu tool yg mana menghasilkan banyak design yang power.
Kepada sesiapa yang minat untuk memiliki koleksi ini, anda bolehlah mendapatkannya dari saya atau agen-agen yang di lantik. Anda boleh oder melalui Facebook saya dengan cara inbox : KLIK SINI
atau boleh terus sms ke : 013 4178 007 saya akan menjawab sms anda.
Mengapa Aku Yang Gagal...? Tanya lah pada diri sendiri, ini kerana hanya kita sahaja yang tahu kenapa kita gagal.. kenapa saya berani kata bergitu? sebab saya pernah berkali-kali gagal, hanya orang yang pernah gagal sahaja yang tahu mengapa dia gagal dan terus gagal.
Semalam saya ke Bandar Parit Buntar, hujan lebat di sebelah petangnya. Saya keluar seawal pagi menuju ke sebuah Bank, Maybank Bagan Serai, dah masuk hari kedua saya ke bank yang sama. Tujuan nak ambil Kad Maybank Baru ganti yang telah hilang, ramai pulak orang. Saya cuba-cuba juga jeling pandang-pandang apa yang menarik sangat hari ni. Oh ya, nak masuk saham Amanah Saham Hartanah Bumiputera.
Menarik juga, dapat dividen bonus dua kali setahun, hanya untuk bumiputera sahaja. Syaratnya mudah, boleh melabur minima RM500. sahaja, RM1.00 untuk seunit. Pembelian hanya terhad RM 20,000.00 sehari sahaja. Tak pasti pulak saya, satu malaysia ke atau setiap negeri.. Apa yang penting, ia satu pekara yang menarik dan menguntungkan.
Saya ada modal sikit, tapi untuk kegunaan lain, saya hanya tambah satu lagi skim perlindungan Takaful Amal..salah satu pakej yang agak menarik bagi saya dan termampu. Hanya RM50. sebulan. Sikitnya... Sekarang umur saya dah masuk 36 tahun, cukup saja umur 40 tahun saya dah dapat RM 5000. di tambah dengan Bonus, jumlahnya mesti la RM5K +++. Memanglah insuran untuk cover sebarang kejadian yang semua orang tak nak.. tapi ia nya salah satu jenis pelaburan yang sangat baik untuk semua orang. Fikir-fikir dan renung-renungkan.
Lewat petang saya pulang setelah bertemu sahabat-sahabat di sana, saya terus pulang, sebelum sampai rumah, singgah sekejap beli buah tangan untuk anak-anak. Terjumpa seorang lagi sahabat, kami berbual dalam sebuah gerai, hujan turun dengan lebat. Sahabat menceritakan tentang kisah hidupnya. Kisah kegagalan beliau yang selalu berlaku dalam perniagaannya.
Setiap kali nak berjaya, ada saja masalah yang timbul. Ada yang sanggup jatuhkan kawan dengan berbagai cara, ada juga yang main teknik kotor dan ada juga yang cuba menipu pelbagai cara. Sahabat saya selalunya jadi mangsa... Sedih juga saya dengar, sambil menghirup kopi pekat. Saya hanya mampu memberi nasihat agar terus bersabar dan menyakinkan dia dengan perkataan belum ada rezeki.
Apa yang saya dapat dari kisah sahabat saya itu ada pula bersangkutan dengan pekara yang saya telah buat pada waktu paginya. Berikut beberapa pekara yang perlu semua orang patut buat :
1. Rancang Kewangan Anda. - saya bukan pakar kewangan, tapi saya cuba dapatkan pakar kewangan yang bertauliah, sebagai contohnya, Bank. Bank bukan sekadar tempat anda ambil duit gaji sahaja, bank juga untuk anda rancang pelaburan untuk masa depan. Banyak produk yang ditawarkan, termasuk khidmat nasihat kewangan secara percuma. Anda tak perlu lantik atau bayar pada Perunding kewangan bebas. Anda cuma melabur dengan sedikit dahulu. Saya melabur bermula dari RM50. sebulan.
2. Rancang Setiap Tugasan. -saya juga bukan pakar dalam bidang pengurusan, tapi saya cuba dengar pendapat orang yang lebih pakar dalam bidang ini. Belajar dari orang yang telah mencipta kejayaan tidak semestinya pergi berjumpa dan belajar. Saya hanya membeli buka-buka, ebook, majalah dan pelbagai lagi jenis media yang boleh membantu saya untuk rancang setiap tugasan. Belajar cara yang betul merancang setiap tugasan. Saya belajar cara uruskan duit dengan berjimat cermat ikut cakap DR. IRFAN KHAIRI hanya di Facebook.
sambungan pada post yang seterusnya... terima kasih.
Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih pada Tuan Jamal, seorang sahabat yang hebat dalam dunia Internet Marketing Tempatan. Tahniah atas kejayaan anda.
Kali ini saya nak kongsikan satu tajuk yang ramai juga anggap pekara mengkritik sebagai satu pekara yang boleh menjatuhkan semangat seseorang. Apa yang di katakan oleh Tuan Jamal pada semua rakan-rakan di Facebook adalah pekara yang betul. Tidak dapat dinafikan ramai yang menerima kritikan dari orang lain dah down terus motivasi dirinya. Terus putus harapan, tak mau teruskan lagi, cari yang baru dan mulakan dari pertama, lepastu jatuh semula, terima lagi kritikan, buat pula yang baru, jatuh lagi, terima kritik lagi dan seterusnya.
Mengapa tidak bila kita di kritik oleh seseorang tu, kita terima dengan berfikiran terbuka, dengar dan cermin diri sendiri, lepas tu, kaji kelemahan diri, tak apa kalau ambil masa sedikit untuk kaji diri sendiri, stop dulu tugasan kita. Penting sangat untuk kita. Bila kita tahu kelamahan kita berdasarkan kritikan itu, jangan buat keputusan untuk tinggalkan terus tugasan atau projet kita itu. Kita cuba belajar dari apa yang kita terima dari kritikan tersebut, jika perlu kita ubah suai, ubah lah, jika kita perlu tambah, tambah la. Keputusan di tangan anda.
Baru-baru ini saya menerima satu kritikan yang cukup pedas dan panas, boleh gaduh punya. Seorang sahabat lama, dah lama juga kami tak jumpa, bila jumpa bersalam-salam lah kami. Beliau juga seorang usahawan, dah nampak kejayaan. Mampu menyara keluarga dan mempunyai pendapatan yang agak tinggi dan stabil. Kami berbicara tentang tugasan masing-masing, dia mula bertanya pada saya, "Aku tengok hang dah semakin teruk sekarang, nampak macam takda kerja saja, apa pekerjaan utama hang?". Saya tampa segan silu menjawab " aku buat bisnes di internet, baru mula nak serius, biasala.. kena ambil masa sikit untuk nak naik."
Beliau tanpa soal selidik apa jenis perniagaan di internet yang saya buat terus mengkritik dengan membantah membangkang apa yang saya buat, meminta saya berhenti perkerjaan tersebut. Beliau mencadangkan saya berkerja menjadi Saleman Kereta Baru di sebuah syarikat. Menurutnya ramai kawan-kawan dah berjaya, sehinggakan ada seorang sahabat dah mampu memiliki kereta mewah . Pendapatan yang terjamin dan stabil dengan menjual kereta keluaran terbaru, komisyen pun tinggi, beribu-ribu ringgit sebulan. Saya tergamam seketika, perasaan pada ketika itu, nak marah pun ada, sedih pun ada, putus asa dan boring. Beliau menambah lagi dengan memberitahu saya yang beliau tahu perniagaan internet tu pendapatan hanya beberapa sen sangat, ramai kawan-kawan gagal dengan perniagaan internet, ada yang tak dapat apa langsung. Dia dah jumpa dengan orang yang dah gagal dan ubah pekerjaan lain.
Saya cuba untuk bertenang, tapi sebab tak tahan sangat saya minta dia beri peluang untuk saya bercakap. Saya memberi keputusan padanya untuk tidak menerangkan sepenuhnya karana ini semua buang masa saya. Biar dia tahu sendiri suatu hari nanti. Keputusan ini saya buat kerana saya dah malas sangat nak cerita benda yang sama pada setiap orang yang saya jumpa dan bertanya hal yang sama. Saya hanya bertanya apa jenis perniagaan internet yang dilakukan oleh orang yang gagal tu, beliau sendiri tak dapat nak jelaskan perniagaan internet yang di lakukan oleh kawannya. Saya cuba beritahu apa produk yang saya pasarkan di internet. Ebook, Video dan Grafik Design. Itu contoh yang saya bagi, beliau tak berani komen, mungkin beliau tak tahu apa itu ebook dan grafik design. Saya cuma terangkan sikit tentang video yang saya pasarkan, video tutorial belajar guna software komputer. Satu set berharga RM360. sama dengan komisyen jual kereta paling murah buatan tempatan. Hanya di internet, tanpa jumpa pelanggan, telefon berkali-kali untuk memujuk bagi membeli, tak perlu kejar taget untuk syarikat, tak perlu pergi sana sini, takperlu tabur flyes siang dan malam dan tak perlu balik lewat hanya kerana jual sebiji kereta.
Sahabat saya terus menambah untuk saya, jual kereta pun boleh promosi di internet, buat benda yang sama macam saya buat sekarang. Huu.. hebat betul saleman ni, dia pusing balik kata-kata saya. Saya hanya minta dia bagi bukti siapa yang dah berjaya buat cara macam tu, dia cuma berkata pada saya " Hang (awak) yang akan berjaya cara tu " . Itu je yang mampu dia jawab.
Kritikan tersebut telah memberi satu kesan yang positif bagi saya. Tidak mungkin sekalipun akan mengubah pendirian saya, biarpun saya gagal sekali pun dalam perniagaan internet, namum saya tetap teruskan jua.
Kata kurban atau korban, berasal dari bahasa Arab qurban, diambil dari kata : qaruba (fi'il madhi) - yaqrabu (fi'il mudhari') – qurban wa qurbaanan (mashdar).Artinya, mendekati atau menghampiri (Matdawam, 1984).
Menurut istilah, qurban adalah segala sesuatu yang digunakan untuk mendekatkan diri kepada Allah baik berupa hewan sembelihan maupun yang lainnya (Ibrahim Anis et.al, 1972).
Dalam bahasa Arab, hewan kurban disebut juga dengan istilah udh-hiyah atau adh-dhahiyah , dengan bentuk jamaknya al adhaahi. Kata ini diambil dari kata dhuha, yaitu waktu matahari mulai tegak yang disyariatkan untuk melakukan penyembelihan kurban, yakni kira-kira pukul 07.00 – 10.00 (Ash Shan'ani, Subulus Salam IV/89).
Udh-hiyah adalah hewan kurban (unta, sapi, dan kambing) yang disembelih pada hari raya Qurban dan hari-hari tasyriq sebagai taqarrub (pendekatan diri) kepada Allah (Sayyid Sabiq, Fikih Sunnah XIII/155; Al Jabari, 1994).
Hukum Qurban
Qurban hukumnya sunnah, tidak wajib. Imam Malik, Asy Syafi'i, Abu Yusuf, Ishak bin Rahawaih, Ibnul Mundzir, Ibnu Hazm dan lainnya berkata, "Qurban itu hukumnya sunnah bagi orang yang mampu (kaya), bukan wajib, baik orang itu berada di kampung halamannya (muqim), dalam perjalanan (musafir), maupun dalam mengerjakan haji." (Matdawam, 1984)
Sebagian mujtahidin –seperti Abu Hanifah, Al Laits, Al Auza'i, dan sebagian pengikut Imam Malik— mengatakan qurban hukumnya wajib. Tapi pendapat ini dhaif (lemah) (Matdawam, 1984).
Ukuran "mampu" berqurban, hakikatnya sama dengan ukuran kemampuan shadaqah, yaitu mempunyai kelebihan harta (uang) setelah terpenuhinya kebutuhan pokok ( al hajat al asasiyah) –yaitu sandang, pangan, dan papan-- dan kebutuhan penyempurna (al hajat al kamaliyah) yang lazim bagi seseorang. Jika seseorang masih membutuhkan uang untuk memenuhi kebutuhan-kebutuhan tersebut, maka dia terbebas dari menjalankan sunnah qurban (Al Jabari, 1994)
Dasar kesunnahan qurban antara lain, firman Allah SWT :
"Maka dirikan (kerjakan) shalat karena Tuhanmu, dan berqurbanlah. " (TQS Al Kautsar : 2)
"Aku diperintahkan (diwajibkan) untuk menyembelih qurban, sedang qurban itu bagi kamu adalah sunnah." (HR. At Tirmidzi)
"Telah diwajibkan atasku (Nabi SAW) qurban dan ia tidak wajib atas kalian." (HR. Ad Daruquthni)
Dua hadits di atas merupakan qarinah (indikasi/petunjuk) bahwa qurban adalah sunnah. Firman Allah SWT yang berbunyi "wanhar" (dan berqurbanlah kamu) dalam surat Al Kautas ayat 2 adalah tuntutan untuk melakukan qurban (thalabul fi'li). Sedang hadits At Tirmidzi, "umirtu bi an nahri wa huwa sunnatun lakum " (aku diperintahkan untuk menyembelih qurban, sedang qurban itu bagi kamu adalah sunnah), juga hadits Ad Daruquthni " kutiba 'alayya an nahru wa laysa biwaajibin 'alaykum" (telah diwajibkan atasku qurban dan ia tidak wajib atas kalian); merupakan qarinah bahwa thalabul fi'li yang ada tidak bersifat jazim (keharusan), tetapi bersifat ghairu jazim (bukan keharusan). Jadi, qurban itu sunnah, tidak wajib. Namun benar, qurban adalah wajib atas Nabi SAW, dan itu adalah salah satu khususiyat beliau (lihat Rifa'i et.al., Terjemah Khulashah Kifayatul Akhyar, hal. 422).
Orang yang mampu berqurban tapi tidak berqurban, hukumnya makruh. Sabda Nabi SAW :
"Barangsiapa yang mempunyai kemampuan tetapi ia tidak berqurban, maka janganlah sekali-kali ia menghampiri tempat shalat kami." (HR. Ahmad, Ibnu Majah, dan Al Hakim, dari Abu Hurairah RA. Menurut Imam Al Hakim, hadits ini shahih. Lihat Subulus Salam IV/91)
Perkataan Nabi "fa laa yaqrabanna musholaanaa"(janganlah sekali-kali ia menghampiri tempat shalat kami) adalah suatu celaan (dzamm), yaitu tidak layaknya seseorang –yang tak berqurban padahal mampu-- untuk mendekati tempat sholat Idul Adh-ha. Namun ini bukan celaan yang sangat/berat (dzamm syanii' ) seperti halnya predikat fahisyah (keji), atau min 'amalisy syaithan (termasuk perbuatan syetan), atau miitatan jaahiliyatan (mati jahiliyah) dan sebagainya. Lagi pula meninggalkan sholat Idul Adh-ha tidaklah berdosa, sebab hukumnya sunnah, tidak wajib. Maka, celaan tersebut mengandung hukum makruh, bukan haram (lihat 'Atha` ibn Khalil, Taysir Al Wushul Ila Al Ushul, hal. 24; Al Jabari, 1994).
Namun hukum qurban dapat menjadi wajib, jika menjadi nadzar seseorang, sebab memenuhi nadzar adalah wajib sesuai hadits Nabi SAW :
"Barangsiapa yang bernadzar untuk ketaatan (bukan maksiat) kepada Allah, maka hendaklah ia melaksanakannya. " (lihat Sayyid Sabiq, Fikih Sunnah XIII/157).
Qurban juga menjadi wajib, jika seseorang (ketika membeli kambing, misalnya) berkata,"Ini milik Allah, " atau "Ini binatang qurban." (Sayyid Sabiq, 1987; Al Jabari, 1994).
Keutamaan Qurban
Berqurban merupakan amal yang paling dicintai Allah SWT pada saat Idul Adh-ha. Sabda Nabi SAW :
"Tidak ada suatu amal anak Adam pada hari raya Qurban yang lebih dicintai Allah selain menyembelih qurban."(HR. At Tirmidzi) (Abdurrahman, 1990)
Berdasarkan hadits itu Imam Ahmad bin Hambal, Abuz Zanad, dan Ibnu Taimiyah berpendapat,"Menyembelih hewan pada hari raya Qurban, aqiqah (setelah mendapat anak), dan hadyu (ketika haji), lebih utama daripada shadaqah yang nilainya sama." (Al Jabari, 1994).
Tetesan darah hewan qurban akan memintakan ampun bagi setiap dosa orang yang berqurban. Sabda Nabi SAW :
"Hai Fathimah, bangunlah dan saksikanlah qurbanmu. Karena setiap tetes darahnya akan memohon ampunan dari setiap dosa yang telah kaulakukan.. ." (lihat Sayyid Sabiq, Fikih Sunnah XIII/165)
Waktu dan Tempat Qurban
a.Waktu
Qurban dilaksanakan setelah sholat Idul Adh-ha tanggal 10 Zulhijjah, hingga akhir hari Tasyriq (sebelum maghrib), yaitu tanggal 13 Zulhijjah. Qurban tidak sah bila disembelih sebelum sholat Idul Adh-ha. Sabda Nabi SAW :
"Barangsiapa menyembelih qurban sebelum sholat Idul Adh-ha (10 Zulhijjah) maka sesungguhnya ia menyembelih untuk dirinya sendiri. Dan barangsiapa menyembelih qurban sesudah sholat Idul Adh-ha dan dua khutbahnya, maka sesungguhnya ia telah menyempurnakan ibadahnya (berqurban) dan telah sesuai dengan sunnah (ketentuan) Islam." (HR. Bukhari)
Sabda Nabi SAW :
"Semua hari tasyriq (tanggal 11, 12, dan 13 Zulhijjah) adalah waktu untuk menyembelih qurban." (HR. Ahmad dan Ibnu Hibban)
Menyembelih qurban sebaiknya pada siang hari, bukan malam hari pada tanggal-tanggal yang telah ditentukan itu. Menyembelih pada malam hari hukumnya sah, tetapi makruh. Demikianlah pendapat para imam seperti Imam Abu Hanifah, Asy Syafi'i, Ahmad, Abu Tsaur, dan jumhur ulama (Matdawam, 1984).
Perlu dipahami, bahwa penentuan tanggal 10 Zulhijjah adalah berdasarkan ru`yat yang dilakukan oleh Amir (penguasa) Makkah, sesuai hadits Nabi SAW dari sahabat Husain bin Harits Al Jadali RA (HR. Abu Dawud, Sunan Abu Dawud hadits no.1991). Jadi, penetapan 10 Zulhijjah tidak menurut hisab yang bersifat lokal (Indonesia saja misalnya), tetapi mengikuti ketentuan dari Makkah. Patokannya, adalah waktu para jamaah haji melakukan wukuf di Padang Arafah (9 Zulhijjah), maka keesokan harinya berarti 10 Zulhijjah bagi kaum muslimin di seluruh dunia.
b.Tempat
Diutamakan, tempat penyembelihan qurban adalah di dekat tempat sholat Idul Adh-ha dimana kita sholat (misalnya lapangan atau masjid), sebab Rasulullah SAW berbuat demikian (HR. Bukhari). Tetapi itu tidak wajib, karena Rasulullah juga mengizinkan penyembelihan di rumah sendiri (HR. Muslim). Sahabat Abdullah bin Umar RA menyembelih qurban di manhar, yaitu pejagalan atau rumah pemotongan hewan (Abdurrahman, 1990).
Hewan Qurban
a.Jenis Hewan
Hewan yang boleh dijadikan qurban adalah : unta, sapi, dan kambing (atau domba). Selain tiga hewan tersebut, misalnya ayam, itik, dan ikan, tidak boleh dijadikan qurban (Sayyid Sabiq, 1987; Al Jabari, 1994). Allah SWT berfirman :
"...supaya mereka menyebut nama Allah terhadap hewan ternak (bahimatul an'am) yang telah direzekikan Allah kepada mereka." (TQS Al Hajj : 34)
Dalam bahasa Arab, kata bahimatulan'aam (binatang ternak) hanya mencakup unta, sapi, dan kambing, bukan yang lain (Al Jabari, 1994).
Prof. Mahmud Yunus dalam kitabnya Al Fiqh Al Wadhih III/3 membolehkan berkurban dengan kerbau ( jamus), sebab disamakan dengan sapi.
b.Jenis Kelamin
Dalam berqurban boleh menyembelih hewan jantan atau betina, tidak ada perbedaan, sesuai hadits-hadits Nabi SAW yang bersifat umum mencakup kebolehan berqurban dengan jenis jantan dan betina, dan tidak melarang salah satu jenis kelamin (Sayyid Sabiq, 1987; Abdurrahman, 1990)
c.Umur
Sesuai hadits-hadits Nabi SAW, dianggap mencukupi, berqurban dengan kambing/domba berumur satu tahun masuk tahun kedua, sapi (atau kerbau) berumur dua tahun masuk tahun ketiga, dan unta berumur lima tahun (Sayyid Sabiq, 1987; Mahmud Yunus, 1936).
d.Kondisi
Hewan yang dikurbankan haruslah mulus, sehat, dan bagus. Tidak boleh ada cacat atau cedera pada tubuhnya. Sudah dimaklumi, qurban adalah taqarrub kepada Allah. Maka usahakan hewannya berkualitas prima dan top, bukan kualitas sembarangan (Rifa'i et.al, 1978)
Berdasarkan hadits-hadits Nabi SAW, tidak dibenarkan berkurban dengan hewan :
1.yang nyata-nyata buta sebelah,
2.yang nyata-nyata menderita penyakit (dalam keadaan sakit),
3.yang nyata-nyata pincang jalannya,
4.yang nyata-nyata lemah kakinya serta kurus,
5.yang tidak ada sebagian tanduknya,
6.yang tidak ada sebagian kupingnya,
7.yang terpotong hidungnya,
8.yang pendek ekornya (karena terpotong/putus) ,
9.yang rabun matanya. (Abdurrahman, 1990; Al Jabari, 1994; Sayyid Sabiq. 1987).
Hewan yang dikebiri boleh dijadikan qurban. Sebab Rasulullah pernah berkurban dengan dua ekor kibasy yang gemuk, bertanduk, dan telah dikebiri ( al maujuu'ain) (HR. Ahmad dan Tirmidzi) (Abdurrahman, 1990)
"Dianjurkan bagi setiap keluarga menyembelih qurban." (HR. Ahmad, Abu Dawud, Tirmidzi, An Nasa`i, dan Ibnu Majah)
Teknis Penyembelihan
Teknis penyembelihan adalah sebagai berikut :
Hewan yang akan dikurbankan dibaringkan ke sebelah rusuknya yang kiri dengan posisi mukanya menghadap ke arah kiblat, diiringi dengan membaca doa " Robbanaa taqabbal minnaa innaka antas samii'ul 'aliim." (Artinya : Ya Tuhan kami, terimalah kiranya qurban kami ini, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.)
Penyembelih meletakkan kakinya yang sebelah di atas leher hewan, agar hewan itu tidak menggerak-gerakkan kepalanya atau meronta.
Penyembelih melakukan penyembelihan, sambil membaca : "Bismillaahi Allaahu akbar." (Artinya : Dengan nama Allah, Allah Maha Besar). (Dapat pula ditambah bacaan shalawat atas Nabi SAW. Para penonton pun dapat turut memeriahkan dengan gema takbir "Allahu akbar!")
Kemudian penyembelih membaca doa kabul (doa supaya qurban diterima Allah) yaitu : "Allahumma minka wa ilayka. Allahumma taqabbal min ...." (sebut nama orang yang berkurban). (Artinya : Ya Allah, ini adalah dari-Mu dan akan kembali kepada-Mu. Ya Allah, terimalah dari....) (Ad Dimasyqi, 1993; Matdawam, 1984; Rifa'i et.al., 1978; Rasjid, 1990)
Penyembelihan, yang afdhol dilakukan oleh yang berqurban itu sendiri, sekali pun dia seorang perempuan. Namun boleh diwakilkan kepada orang lain, dan sunnah yang berqurban menyaksikan penyembelihan itu (Matdawam, 1984; Al Jabari, 1994).
Dalam penyembelihan, wajib terdapat 4 (empat) rukun penyembelihan, yaitu :
Adz Dzaabih (penyembelih) , yaitu setiap muslim, meskipun anak-anak, tapi harus yang mumayyiz (sekitar 7 tahun). Boleh memakan sembelihan Ahli Kitab (Yahudi dan Nashrani), menurut mazhab Syafi'i. Menurut mazhab Hanafi, makruh, dan menurut mazhab Maliki, tidak sempurna, tapi dagingnya halal. Jadi, sebaiknya penyembelihnya muslim. (Al Jabari, 1994).
Adz Dzabiih, yaitu hewan yang disembelih.Telah diterangkan sebelumnya.
Al Aalah, yaitu setiap alat yang dengan ketajamannya dapat digunakan menyembelih hewan, seperti pisau besi, tembaga, dan lainnya. Tidak boleh menyembelih dengan gigi, kuku, dan tulang hewan (HR. Bukhari dan Muslim).
Adz Dzabh, yaitu penyembelihannya itu sendiri. Penyembelihan wajib memutuskan hulqum (saluran nafas) dan mari` (saluran makanan). (Mahmud Yunus, 1936)
Pemanfaatan Daging Qurban
Sesudah hewan disembelih, sebaiknya penanganan hewan qurban (pengulitan dan pemotongan) baru dilakukan setelah hewan diyakini telah mati. Hukumnya makruh menguliti hewan sebelum nafasnya habis dan aliran darahnya berhenti (Al Jabari, 1994). Dari segi fakta, hewan yang sudah disembelih tapi belum mati, otot-ototnya sedang berkontraksi karena stress. Jika dalam kondisi demikian dilakukan pengulitan dan pemotongan, dagingnya akan alot alias tidak empuk. Sedang hewan yang sudah mati otot-ototnya akan mengalami relaksasi sehingga dagingnya akan empuk.
Setelah penanganan hewan qurban selesai, bagaimana pemanfaatan daging hewan qurban tersebut ? Ketentuannya, disunnahkan bagi orang yang berqurban, untuk memakan daging qurban, dan menyedekahkannya kepada orang-orang fakir, dan menghadiahkan kepada karib kerabat. Nabi SAW bersabda :
"Makanlah daging qurban itu, dan berikanlah kepada fakir-miskin, dan simpanlah." (HR. Ibnu Majah dan Tirmidzi, hadits shahih)
Berdasarkan hadits itu, pemanfaatan daging qurban dilakukan menjadi tiga bagian/cara, yaitu : makanlah, berikanlah kepada fakir miskin, dan simpanlah. Namun pembagian ini sifatnya tidak wajib, tapi mubah (lihat Ibnu Rusyd, Bidayatul Mujtahid I/352; Al Jabari, 1994; Sayyid Sabiq, 1987).
Orang yang berqurban, disunnahkan turut memakan daging qurbannya sesuai hadits di atas. Boleh pula mengambil seluruhnya untuk dirinya sendiri. Jika diberikan semua kepada fakir-miskin, menurut Imam Al Ghazali, lebih baik. Dianjurkan pula untuk menyimpan untuk diri sendiri, atau untuk keluarga, tetangga, dan teman karib (Al Jabari, 1994; Rifa'i et.al, 1978).
Akan tetapi jika daging qurban sebagai nadzar, maka wajib diberikan semua kepada fakir-miskin dan yang berqurban diharamkan memakannya, atau menjualnya (Ad Dimasyqi, 1993; Matdawam, 1984)
Pembagian daging qurban kepada fakir dan miskin, boleh dilakukan hingga di luar desa/tempat dari tempat penyembelihan (Al Jabari, 1994).
Bolehkah memberikan daging qurban kepada non-muslim ? Ibnu Qudamah (mazhab Hambali) dan yang lainnya (Al Hasan dan Abu Tsaur, dan segolongan ulama Hanafiyah) mengatakan boleh. Namun menurut Imam Malik dan Al Laits, lebih utama diberikan kepada muslim (Al Jabari, 1994).
Penyembelih (jagal), tidak boleh diberi upah dari qurban. Kalau mau memberi upah, hendaklah berasal dari orang yang berqurban dan bukan dari qurban (Abdurrahman, 1990). Hal itu sesuai hadits Nabi SAW dari sahabat Ali bin Abi Thalib RA :
"...(Rasulullah memerintahkan kepadaku) untuk tidak memberikan kepada penyembelih sesuatu daripadanya (hewan qurban)." (HR. Bukhari dan Muslim) (Al Jabari, 1994)
Tapi jika jagal termasuk orang fakir atau miskin, dia berhak diberi daging qurban. Namun pemberian ini bukan upah karena dia jagal, melainkan sedekah karena dia miskin atau fakir (Al Jabari, 19984).
Menjual kulit hewan adalah haram, demikianlah pendapat jumhur ulama (Ibnu Rusyd, Bidayatul Mujtahid I/352). Dalilnya sabda Nabi SAW :
"Dan janganlah kalian menjual daging hadyu (qurban orang haji) dan daging qurban. Makanlah dan sedekahkanlah dagingnya itu, ambillah manfaat kulitnya, dan jangan kamu menjualnya.. ." (HR. Ahmad) (Matdawam, 1984).
Sebagian ulama seperti segolongan penganut mazhab Hanafi, Al Hasan, dan Al Auza'i membolehkannya. Tapi pendapat yang lebih kuat, dan berhati-hati ( ihtiyath), adalah janganlah orang yang berqurban menjual kulit hewan qurban. Imam Ahmad bin Hambal sampai berkata,"Subhanallah ! Bagaimana harus menjual kulit hewan qurban, padahal ia telah dijadikan sebagai milik Allah ?" (Al Jabari, 1994).
Kulit hewan dapat dihibahkan atau disedekahkan kepada orang fakir dan miskin. Jika kemudian orang fakir dan miskin itu menjualnya, hukumnya boleh. Sebab –menurut pemahaman kami-- larangan menjual kulit hewan qurban tertuju kepada orang yang berqurban saja, tidak mencakup orang fakir atau miskin yang diberi sedekah kulit hewan oleh orang yang berqurban. Dapat juga kulit hewan itu dimanfaatkan untuk kemaslahatan bersama, misalnya dibuat alas duduk dan sajadah di masjid, kaligrafi Islami, dan sebagainya.
Penutup
Kami ingin menutup risalah sederhana ini, dengan sebuah amanah penting : hendaklah orang yang berqurban melaksanakan qurban karena Allah semata. Jadi niatnya haruslah ikhlas lillahi ta'ala, yang lahir dari ketaqwaan yang mendalam dalam dada kita. Bukan berqurban karena riya` agar dipuji-puji sebagai orang kaya, orang dermawan, atau politisi yang peduli rakyat, dan sebagainya. Sesungguhnya yang sampai kepada Allah SWT adalah taqwa kita, bukan daging dan darah qurban kita. Allah SWT berfirman :
"Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keridhaan) Allah, tetapi ketaqwaan daripada kamulah yang mencapainya. " (TQS Al Hajj : 37) [ ]
Review ( aqilaalya.multiply.com)
sekadar berkongsi dan peringatan pada semua pelawat blog ini..terima kasih..
Dah lama saya Update blog ni. Saya cuba kongsikan serba sedikit tentang kehidupan seharian saya, mungkin boleh di jadikan panduan kepada anda melalui pengalaman saya.
Ehmm..agak sibuk dengan tugasan harian, nak siapkan banyak kertas kerja, kena bagi banyak tumpuan juga pada keluarga. Kadang-kadang apa yang kita buat tu, pada pandangan orang lain ia nya hanya sekadar membuang masa. Setiap hari, setiap masa yang terluang malahan selalu sahabat, jiran dan siapa saja akan jumpa saya dan menegor " tak kerja ka hari ni?".. aduh! boleh dikatakan setiap hari jumpa soalan yang sama..ya la mana dia orang tahu apa pekerjaan saya. Saya hanya mampu senyum.. kadang-kadang saya jawab jugak.." tengah kerja la ni.."
Bila kita jawab macam tu ada yang senyum dan ketawa, dalam fikiran saya, saya dah salah jawab ataupun saya dah salah tempat. Mungkin mentaliti atau pemikiran mereka berbeza dengan saya. Dulu saya di Penang, Ipoh dan KL..tapi sekarang saya di sebuah pekan kecil yang sedang membangun.. apa yang boleh saya buat hanya menerima sahaja apa karenah mereka. Jadikan satu pengalaman..
Kenapa kita kurang motivasi jika kita berada di satu tempat yang sederhana kehidupannya, kenapa pula kita kuat dan bermotivasi bila kita berada di sebuah bandaraya yang besar.. Ya, cabaran yang kuat di bandar menyebabkan kita tak boleh buang masa, kena selalu berubah dan meningkatkan taraf kehidupan kita. Kita mesti cuba untuk keluar dari zon selesa dan pergi ke zon peningkatan hidup. Jangan malu tak bertempat, cuba atasi masalah dengan penuh ketenangan. Pernah juga dalam poket dah tinggal 0.30 sen sahaja.. walaupun memiliki sebuah kereta yang di anggap mewah bagi penduduk kampung saya. Tapi hakikat sebenarnya saya dah poke kai!!.. Mana tak nya, perniagaan dah jatuh, mungkin cara atau keadaan yang menjadi penyebabnya.. saya tak mampu nak menyara sebuah keluarga, tambahan pula diri sendiri.. bukan tak ada pelajaran, siap ada diploma elektronik lagi, tapi masih gagal. Di sebabkan agak sukar untuk mencari pekerjaan yang di minati malahan lumayan, saya cuba dalam bidang perniagaan..
Jika nak ikut pengalaman, pernah juga berjawatan yang paling tinggi.. Pengurus Operasi sebuah syarikat di Bandaraya Ipoh, yang menjalankan perniagaan I.C.T, projek mega jugak tu.. mengendalikan peralatan ICT di bawah program PPSMI.. seluruh daerah Kinta dan Batang Padang..dalam negeri Perak. Saya juga pernah bertugas sebagai Tenaga Pengajar, jadi cikgu la. Elektronik dan Komputer, saya juga pernah jadi penceramah bebas dalam bidang ICT juga.. Masa dah berlalu, kejayaan hanya tinggal kejayaan..jadi pengalaman. Tapi yang ada pada saya hanya Ilmu Pengetahuan yang masih kekal dan melekat tersemat di fikiran saya. Inilah masanya saya gunakan untuk berkongsi dengan semua pembaca blog Warong Siber2U, saya dah lama tunggu saat yang bergini, minat nak ajar dan bantu orang dalam kehidupan yang menjadikan seseorang itu Pro dalam bidang yang di ceburinya..
Berkongsi pengalaman yang ada dan menambah pengalaman yang ada dengan cara menulis di Blog..kira macam penulis dalam buku jugak. Ia juga satu bidang kerjaya yang tidak boleh di pandang remeh oleh masyarakat. Menyebarkan ilmu dari pengalaman ini sangat penting. Ia dapat membantu mereka yang baru nak menempuh kehidupan nyata terutamanya yang baru nak berdikari.. baru masuk alam perkerjaan la tu, baru kahwin, baru dapat anak, baru jadi usahawan, baru nak belajar.. Ini lah cara saya untuk bantu anda pembaca blog ini, kalau dah baca tu, tak dapat apa ilmu yang ada, anda boleh bagi komen pada saya. Kalau dapat apa ilmu yang baru bagi anda, cuba lah hebahkan pada kawan2.. dapat pahala lagi.
Saya juga ada menyediakan satu blog yang memberi info tentang Kerjaya di Internet. Sangat bagus, banyak info yang akan saya upload kan di situ. Ada juga yang menawarkan peluang untuk buat duit secara sambilan, ebook2 yang panas di pasaran yang boleh menjana pendapatan berterusan. Semua ini saya sediakan untuk pembaca blog saya.
Panjang pulak penulisan saya kali ni..ya la, nak aktifkan balik blog warong siber2U ni kenalah selalu update.. Sampai sini lah dulu untuk kali ini. Moga bahan yang saya sediakan kali ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam kehidupan seharian..
Nantikan Post saya yang akan datang, mungkin dapat jadi panduan untuk anda..sekian terima kasih..
Assalammualaikum..dan salam sejahtera..pd pembaca blog warong siber2u. Semalam saya sempat juga pergi ke Butterworth dlm program Bicara Santai Bersama Irfan Khairi.., menarik sangat, info nya ringkas dan padat, walaupun masa yg singkat. Tip yg dikongsikan sangat berguna dan mudah utk kita faham, kalau nak buat bizs online yg sebenar, mesti ikut cara ni dulu. Nak berjaya mcm I.K bukan nya mudah, kita kena banyak belajar, tapi tak semestinya mahir IT. Ikut je panduan2 yg ada secara percuma atau pun berbayar.. Jom ramai2 kita belajar niaga kat intenet, kata Irfan tanpa Modal pun boleh..tak semestinya tak da langsung..sekurang-kurangnya ada la sikit..
Ok kita jumpa lg pd Post yg akan datang..Terima Kasih Irfan Khairi..dan tak lupa jgk pada Zamri Nayan dan I.M Penang Team.