This is default featured post 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Saturday, June 26, 2010

Nak Tahu Review Program 20Ribu20Hari?



Sudah melihat program RM20,000 Dalam 20 hari keluaran En Suthan M. ?


http://www.20ribu20hari.com

Mungkin ada telah mendengar akan produk launch terbaru ini yang tengah meletup sekarang ini di pasaran, dan rata rata mungkin anda ingin tahu sebenarnya apa program ini..

Hari ini, saya akan bongkarkan latar belakang En Suthan M. dan produk terbaru keluaran syarikatnya.

Sekiranya anda telah lama didalam bisnes “perniagaan internet”, mungkin anda pernah terdengar kisah mengenai Suthan.

Orangnya low profile, tetapi dia merupakan tuanpunya beberapa produk unik dan popular di pasaran antarabangsa seperti NicheProphecy, IMSutra, YourSimplyStupid (dan banyak lagi!) dan mempunyai network dengan ramai otai otai high profil internet marketer dari US dan UK.

Tetapi, yang paling menarik ialah latar belakang orangnya sendiri.

Untuk anda yang ingin tahu, Suthan baru berusia 24 tahun. Tahap pendidikan dia pun sekadar SPM sahaja, tak pernah pergi university pun. Dia pun dulu bukan kaya pun; sampai pernah bekerja cuci windscreen dan polish tayar di kedai minyak Projet untuk menyara hidup.

Jadi macam mana “tukang polish tayar kereta” ini berubah menjadi “sukses internet” ?

Kalau nak tahu kisahnya, boleh ke sini http://www.20ribu20hari.com dan baca sendiri cerita saudara Suthan dari laman webnya.

Dia pertama kali menceburi perniagaan internet dengan blogging seperti orang lain. Tetapi, sukses pertama En Suthan ialah apabila dia menjual produk “rahsia membuat laying layang” dipasaran antarabangsa. Untung sukses pertama dia bukan banyak pun, dalam USD32 sahaja, tetapi ini telah menyemarakkan semangat Suthan untuk terus menceburi bidang ini.

Lima tahun berniaga, kini saudara Suthan merupakan salah satu internet marketer tersohor yang terkenal di pasaran antarabangsa . Harga produknya kini mencecah ribuan ringgit, dan dia telah “personal coach” beribu ribu orang dari seluruh duni untuk menjadi sukses IM .

Semalam, saya terdengar akan Program ulung Bahasa Melayu yang dilancarkan oleh Suthan M, dan saya excited nak memberitahu anda mengenai program baru ini yang diberi nama “RM20,000 Dalam 20 Hari”.

http://www.20ribu20hari.com

Program ini berbentuk “daily step by step blueprint” dimana Suthan M akan membimbing anda dengan memberikan anda coaching setiap hari selama 20 hari dalam apa yang perlu anda buat untuk menjana RM20,000 dalam 20 hari. Dia menggunakan kaedah “produk launch + infoproduk marketing” dalam sistem RM20,000 dalam 20 hari ini.

Program ini sesuai jika anda:
1.Ingin membuat program internet sebenar secara halal dan betul dari segi undang undang
2.Jika anda tidak pernah membuat perniagaan infoproduk dan ingin menceburi perniagaan yang begitu lukratif ini
3.Ingin mendapatkan “rahsia sebenar” produk launch dan menggunakan idea yang sama untuk perniagaan anda.
4.Nak mendapatkan bombing professional dari internet marketer yang tersohor untuk “reverse engineer” sukses kejayaannya.
Program RM20,000 Dalam 20 merupakan satu peluang bagaimana anda boleh menceburi bidang perniaagan internet dengan nasihat dan tips dari orang professional seperti saudara Suthan.

Tetapi, jangan beli jika anda tidak ingin “take action” dengan ilmu yang diberi oleh Suthan ini.

Ini bukan program “fast cash”, ataupun “duit cepat”, tetapi cara perniagaan online yang mantap dan evergreen.

Anda perlu TAKE ACTION dan “put effort” sekiranya anda ingin berjaya. Itu hikmahnya..

Rahsia RM20,000 Dalam 20 hari kini telah terbongkar ; Persoalannya, siapa yang akan menjadi jutawan internet menggunakan method ini? Mungkinkah ANDA orangnya?
http://www.20ribu20hari.com

Ikhlas,
Aznan Haji Hamad




Tuesday, June 22, 2010

Bangun dari jatuh dan jatuh..

Aku cuba nak naik semula, tetapi berkali-kali dan kali aku jatuh dan terus tewas..namum aku pernah tak mengaku kalah, tapi..satu ketika tu aku terpaksa dan memaksa mengaku yang aku ni sudah kalah..tewas dan teruk sangat.
Aku kerja makan gaji semula, berkali-kali juga aku cuba, ada juga rintangan yang aku tempuhi..entah lah hidup tak serupa orang jadi nya. Megapa dan mengapa..apa yang aku buat semuanya tak jadi..aku kembali muhasabah diri.
Cari duit halal macam cerita cerekarama TV3 lakonan pelakon terkenal Rosyam Noor bertajuk "Sutera Di Sebalik Wajah" ahad lalu mengingatkan kisah silam aku sewaktu di Penang, pernah aku buat kerja camtu..tapi lagi teruk dari tu...Aku yang dulunya bekas seorang Tenaga Pengajar yang berkemahiran dalam bidang teknologi, hilang kerja kerana minat dan terus berniaga tanpa ilmu yang cukup, gagal dan hidup melarat, nak besarkan anak2 yang masih kecil masa tu..isteri yang terpaksa berkerja semula di sebuah kilang, aku yang cuba bermacam-macam cara nak cari duit. Masa tu lah jadi pengutip tin kosang, botol2 dan kotak2 buangan. Paling "best" takda lak sapa yang kenal aku masa tu..haha..malu tu memang la ada, pakai helmet macam rosham noor pakai la.."cover line"
Aku tak dapat lupakan semua tu..aku jadikan satu pengalaman yang hebat dalam hidup aku..sekarang aku dah mahir sikit selok belok perniagaan, tetapi pencapaian agak kurang memuaskan lagi.. Insyaallah..akan berjaya jugak nanti..

Itulah sebahagian cerita aku, rasa tak malu lak cerita kat pembaca blog ni..biar lah, sekurang-kurangnya..boleh membantu seseorang itu untuk Iktiar Hidup.

Semoga Jumpa Lagi..

Tuesday, June 8, 2010

Rezeki Dari Tuhan....Aku Yang Penuh Cerita.


Syukur pada Tuhan Yang Maha Kaya Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..Projek Perniagaan aku mula bergerak semula, rezeki dari tuhan. Dah lama sangat tak da sebarang projek, segalanya nampak samar, aku pun dah jadi macam-macam watak yang sekejab watak hero sekejab watak tambahan..hhuu..letih dia buatnya, bila aku sabar dalam menyusun langkah perjalanan ni, aku di temukan dan di mudahkan jalan yg ku cari selama ni..
Aku bersyukur sangat, walaupun terpaksa sabar lagi untuk beberapa bulan saja lagi, aku cuba gerak dengan apa yang ada, duit bukan lah sasaran utama aku, tapi kerjaya aku, kerjaya seorang "bisnesman" usahawan melayu di intenet, tu yang aku cita-citakan, aku cuba hasilkan Formula aku sendiri, aku juga cuba bina satu ruang perniagaan baru, seperti membantu semua orang boleh hidup senang, cita-cita di hati untuk membantu masyarakat miskin keluar dari gelombang kemiskinan dan masuk ke arus usahawan sejati.
Bila mereka tu senang dan kurang minta meminta lagi, dapat hidup bedikari, aku dapat merasakan kenikmatannya nafas yang lega teramat sangat. Hhuuu..lega syukur aku pada tuhan yang maha kaya lagi maha pemurah.
Aku penah hidup senang lenang, mewah tak takut miskin, lupa diri, riak, sombong, mungkin aku tak bermaksud sampai macam tu..cara aku kot yang nampak macam tu..hahaha..ya la pendapatan aku tak kurang dari RM4K sebulan..pastu tinggal di Penang, setiap hari guna kad kredit untuk semua urusan. 5 keping semuanya, siap dah apply untuk wife lagi, masa tu jugak aku " on bizs " MLM..aku jugak buat bizs lain..aku selalu rugi sebab aku tak tumpu 100% pada bizs, mula bizs yang linkop, bizs telefon bimbit..pastu bizs pakaian, hahaa..MLM dan banyak lagi pastu..aku siap kena main lagi dengan orang yang aku harapkan..
Bermula dari situ aku tak dapat nak "cover" hutang yang ada..ya la, kad kredit pun dah tak dapat nak bayar, kereta pun dah mula dapat surat merah je..rumah, aku kena naik makamah, aku juga hampir kena "sita". Dah dapat surat perintah makamah.Rumah tangga jadi goyang, anak-anak aku pun masa tu kecil-kecil lagi..hhuuu, aku dah pening, tu yang aku mula nak lari balik kampung, hahaha..
Aku penah berniaga pasar malam dan Bazar Ramadan, mm..bulan ramadan aku jual buah kurma dan air soya, siap bawa pembantu lagi, "masih segar dalam ingatan" putera & puteri aku laa..terima kasih anak-anak ayah, tak jemu-jemu mereka nak ikut aku, haha..siap berhujan dalam kemah..masa tu umur mereka 4 tahun & 2 tahun, mis u all..

Bersambung...

Monday, May 24, 2010

Messages dari seorang sahabat ..

salam semua..
Saya cuma nk minta anda baca "messages" dari seorang sahabat saya...
lihat video ini , dan klik link berikut :

keterangan selanjutnya Klik sini

Google Adsense



Pengenalan Google Adsense

Google Adsense adalah program yang menyediakan peluang kepada publisher (iaitu anda) untuk menjana pendapatan secara online melalui komisyen yang di bayar oleh pihak Google terhadap iklan Advertiser yang di klik oleh pengunjung di blog anda. Untuk memahaminya dengan lebih lanjut, anda harus mengetahui bagaimana Google Inc menjana pendapatan berbillion US dollar setiap tahun.

Google Adwords Program

Untuk makluman anda, Google Incorporation menjana pendapatan mereka melalui sumber pengiklanan di laman Web pencarian mereka iaitu Google.com, ianya dipanggil sebagai Google Adwords, yang berdasarkan kepada PPC (Pay Per Click) program.

Menerusi Google Adwords, para Advertiser berpeluang mengiklankan produk ataupun service mereka secara terus kepada potential customer berdasarkan kepada keyword yang digunakan oleh pengunjung dalam mencari maklumat di internet.
Berjuta-juta pengunjung internet menggunakan enjin pencari Google untuk mendapatkan maklumat, perkhidmatan dan produk yang mereka kehendaki secara online di internet. Mereka menggunakan keyword sebagai asas pencarian mereka.
Seseorang yang ingin membuat duit di internet akan menggunakan keyword “make money” atau “make money online” untuk mendapatkan maklumat tersebut.
Seseorang yang ingin berkahwin akan menggunakan keyword “wedding”, “wedding gift” atau “wedding gown” sebagai keyword mereka untuk mendapatkan maklumat tersebut.
Maka para Advertisers akan membida keyword tersebut berdasarkan kepada produk mereka untuk mensasarkan kepada pengunjung yang menggunakan keyword tersebut dalam pencarian mereka di enjin pencari Google.

sila download maklumat penuh di laman web ini :
www.rahsia-jana-wang-adsense.com

Sunday, May 23, 2010

Apa itu FOREX? – Pengenalan

Apa itu Forex?

Perkataan FOREX dipetik dari Foreign Exchange, iaitu pertukaran matawang asing oleh bank2 diseluruh dunia, berterusan selama 24 jam, 5 hari setengah seminggu.

Pasaran harian Forex ni dibuka dengan pasaran New Zealand dan Australia (5am-2pm), diikuti dengan Asia iaitu Jepun, Singapura (7am-4pm), kemudian Eropah (1pm-10pm) dan US (8pm-4am). Bagaimanapun, 3 sessi trading yg paling utama adalah Tokyo, London dan New York. Dikatakan waktu market paling aktif adalah apabila 2 sessi bertembung, iaitu sessi Tokyo – London (4pm – 5pm) dan sessi London – New York (8pm – 1am)

Memang sesuai sgt ler dgn time Malaysia….4-5 petang time minum kopi..lepak cafe…8mlm – 1pagi dah kompom ade kat rumah…layannnnn

Dengan faktor keaktifan pergerakan harga yg mencanak-canak, Forex menjadi alternatif paling popular kerana ROI nyer yg tinggi….secara purata, 5%-10% sebulan…ade yg boleh dapat lebih dari 100% sebulan…(kalau lah boleh dpt 100% sebulan…)

Matawang

Matawang utama dlm perdagangan Forex adalah USD, EUR, GBP, CHF, JPY, AUD dan CAD. Currency pair utama pula adalah currency yg berpasangan dgn USD…cth EUR/USD, GBP/USD, USD/JPY dan USD/CHF. Cross pair pula adalah currency yg tidak berpasangan dgn USD, seperti EUR/JPY, EUR/CHF, GBP/JPY dan EUR/GBP.

Platform

Seperti yg sumer sedia maklum, transaksi jual beli Forex ini dilakukan secara online. Terdapat 2 jenis platform iaitu software yg anda install di PC, atau web-based melalui Internet Browser. Cth software adalah MetaTrader, VT Trader….dan web-based pula adalah Easy-Forex.

Broker

Untuk membuka akaun Forex, anda perlu membuka dgn broker. Broker ni kebiasaannya mempunyai server diorang sendiri, dan ade right untuk tarik signal pertukaran matawang dari bank, dan kemudian dipaparkan pada platform yg tertentu yg akan kite gunakan utk trade. Pasal platform dah cite kat atas…so platform ape yg broker nak pakai, terpulang kepada broker. Cth broker adalah InstaTrader, FXCM, IKOFX, CMSFX, InterbankFX, dsbg. Mengenai broker ni, ade satu lagi jenis broker…iaitu ECN Forex Broker. Dengan ECN broker ni, signal yg kite nampak di platform adalah signal direct dari bank…bukan dari server broker…so takkan ade issu seperti anti-scalping, stop-lost hunting dan sbg.

Cukup dulu utk pengenalan….to be continue…

info dari : www.bebas-hutang.com


Sunday, May 16, 2010

10 Sebab Anda Gagal Menyelesaikan Tugasan Di Tempat Kerja Dengan Baik

Assalamualaikum w.b.t.

Anda mungkin pernah mengalami masalah tidak dapat menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh ketua dengan baik. Cuba anda semak kembali apakah faktor-faktor yang menjadi punca masalah anda itu, semoga dengan ini anda dapat mencari jalan penyelesaian bagi masalah anda itu.

1. Terlalu banyak gangguan
Berdasarkan kajian yang telah dibuat, antara gangguan yang sering berlaku di tempat kerja ialah mesyuarat yang tak dirancang, panggilan telefon, suasana bising dan sebagainya.

2. Anda tidak mempunyai sumber yang lengkap.
Seumpama tukang masak yang memerlukan sudip dan kelengkapan memasak yang lain, begitu jugalah dengan pekerja yang memerlukan maklumat dan kelengkapan kerja seperti komputer dan data-data yang diperlukan untuk menghasilkan kerja yang memuaskan dan tepat pada masanya.

3. Anda tidak tahu apa yang hendak dilakukan.
Menurut Clayton Warholm, seorang pakar di dalam komunikasi di tempat kerja, terdapat dua punca pekerja tidak mahir dalam melakukan kerja mereka. Samada tugasan yang diberikan itu tidak dijelaskan secara terperinci oleh ketua ( tidak tahu apa hendak dibuat) ataupun pekerja itu tidak dilatih dengan baik ( anda tidak tahu bagaimana untuk melakukannya).

4. Anda mempunyai terlalu banyak tugasan
Sesetengah orang mempunyai terlalu banyak kerja yang tidak mungkin dapat disiapkan walaupun terpaksa bekerja 24 jam sehari selama 7 hari seminggu. Perkara ini biasa berlaku dalam mana-mana organisasi yang mempunyai pekerja yang sedikit. Akibatnya, kekecewaan akan berlaku apabila anda tidak dapat menyiapkan tugas kerana tidak mungkin akan dapat melakukannya.

5. Anda tiada kemahiran menguruskan masa.
Pekerja yang mempunyai kemahiran ini melakukan apa yang paling penting tetapi sebaliknya pula bagi yang lemah pengurusan masanya melakukan apa yang dilihatnya senang dan menyeronokkan.

6. Anda seorang yang suka bertangguh.
Kenapa harus menunggu esok jika perkara itu boleh dilakukan hari ini? Anda mungkin menangguhkan sesuatu kerja itu kerana anda khuatir hasil kerja anda itu tidak memuaskan hati. Sebagai contoh, sekiranya anda takutkan kegagalan dan khuatir akan menghasilkan kerja yang kurang bagus, maka anda akan membuka peluang untuk anda mengelak daripada melakukan apa-apa. Walaupun anda sebolehnya inginkan kesempurnaan dalam setiap hasil tugas yang anda lakukan, tetapi bos ataupun client anda lebih melihat kepada kerja yang kurang sempurna daripada anda tidak melakukan langsung kerja tersebut.

7. Anda rasa tidak dihargai
Sekiranya anda merasakan diri anda tidak dihargai ataupun anda memperolehi gaji yang tidak setimpal dengan kerja yang anda lakukan, maka anda mungkin tidak dapat memberikan 100% komitmen dalam kerjaya yang anda ceburi. Secara sedar ataupun tidak kebanyakan pekerja cuba untuk menyeimbangkan antara ‘memberi dan diberi’ antara mereka dan majikan. Mereka akan melakukan kerja berdasarkan kepuasan hati mereka terhadap majikan. Pekerja yang merasakan mereka tidak dihargai akan menjadi kurang berusaha, kerap mengambil cuti, cuai dan sebagainya.

8. Keutamaan syarikat yang bertukar-tukar.
Anda sedang menyiapkan projek A, tetapi tiba-tiba majikan anda mengarahkan supaya anda meninggalkan seketika projek A tersebut dan memberikan tumpuan kepada projek B. Apabila perkara ini berlaku, anda akan berfikir bahawa anda tidak menyelesaikan tugas anda, tetapi majikan anda berfikir sebaliknya. Setengah orang adalah flexible dan senang untuk serasi dengan arahan yang baru dan teruja untuk melakukan tugas yang baru tetapi ada juga sesetengah orang yang akan merasa kecewa apabila tidak dapat menyiapkan sesuatu projek. Jika anda adalah orang yang kedua seperti disebutkan tadi dan bekerja di dalam industri yang sepanjang masa akan berlaku perubahan, maka anda perlu mempertimbangkan untuk menukar kerjaya anda.

9. Anda ‘Burned out’
Merujuk kepada website American Psychological Association, burnout ialah keletihan emosi yang disebabkan oleh tekanan yang teruk di tempat kerja. Ia mungkin kerana suasana tempat kerja yang negatif seperti pekerjanya sering bermusuh antara satu sama lain, tertekan dengan deadline yang ketat, jangkaan dan harapan yang terlalu tinggi terhadap sesuatu perkara, kerisauan dan melakukan kerja yang tidak sepadan dengan kemampuan. Kesemua ini adalah antara sebab dan punca berlakunya tekanan jantung dan sakit-sakit yang lain.

10. Ganjaran bagi tugasan yang telah anda siapkan.
Anda mungkin seorang yang hebat kerana dapat menyiapkan tugas sebelum ataupun tepat pada masanya. Namun peliknya, kebanyakan organisasi menghadiahkan pekerja yang rajin dan bekerja keras itu dengan tambahan kerja yang lebih banyak menggantikan bonus atau faedah yang lain. Sekiranya perkara ini berlaku di dalam organisasi anda, tidak mustahil anda akan merasakan tidak termotivasi untuk bekerja dengan lebih keras.

Terima Kasih Dari:
FITRAH POWER RESOURCES (001582603-H)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More