This is default featured post 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Monday, May 16, 2011

SEMANGAT YANG HILANG...KITA CARI PULANG...


Jika engkau seorang Juang hingga titisan, Rempuh tak berharapan,
Nanti aku disana Diufuk pemikiran Lalu menghayatinya...

Di dalam kubur manapun Jasad aku ditanam,
Aku akulah jua...
Kita laksanakan Mata hati yang damai, Disana kejujuran..

Semarak impian Segunung harap dujulang Usah diragukan Keupayaan diri
Api yang membara Mengikutkan kata apa, Jawapannya disini...
Semangat kita hilang
Kita cari pulang...

Hanya sebuah lagu.. yang selalu aku nyanyikan bukan sekadar hiburan... tapi memujuk hati di kala resah sepi... bukan aku nak ajar jadi penyanyi, tapi sekadar nyanyian semangat di hati...

Kenapa Semangat harus hilang bila kita kecewa... kenapa soal kejujuran timbul...
selagi kita bernafas.. selagi itu kita terus bersemangat... jangan banyak alasan...

Baca petikan dari majalah iluvislam.com

Apabila kita menghadiri satu-satu perhimpunan, tidak kira sama ada perhimpunan politik, malam anugerah syarikat jualan langsung mahupun majlis pelancaran sesebuah produk, ramainya kehadiran para pesertanya sudah cukup menguja hati dan minda. Pakaian mereka yang seragam ataupun sefesyen akan menjadikan kita berasa bahawa para pesertanya sudah sependapat dari segi zahir.

Hiasan pentas dengan tulisan besar, yang mempamerkan tujuan perhimpunan itu, logo persatuan yang terpampang serta foto gergasi ketuanya yang tampak hebat kerana saiznya, akan menjadikan kita turut berasa gah.

Tata cahaya yang menyentuh kaca candelier lalu menjadikan ia berkilau seperti berlian, kain satin berwarna-warni yang beralun-alun seperti ombak di langit dewan, hiasan sepanduk yang berjurai-jurai di tiang-tiang seri dewan perhimpunan serta belon-belon yang tergeleng-geleng ditiup angin penghawa dingin akan membuat kita terpegun penuh kekaguman.

Dan, apabila majlis bermula dengan lagu pertubuhan, lagu syarikat atau lagu tema yang dinyanyikan beramai-ramai hingga dewan bergema, ia pasti akan menggetar perasaan. Apabila tokoh utamanya bercakap, berucap dan berpidato, tumpuan semua mata akan ke wajahnya di layar besar. Kesemuanya akan terpaku kaku memerhati ekspresi wajah dan gerak bibirnya.

Ketika tokoh itu bersyarah, tepukan akan mengiringi, gelak tawa akan menghiasi dan pendengar yang terjal dan berani akan menyampuk untuk menghidupkan komunikasi dua hala. Akhirnya, bila tokoh utama bertempik, para hadirin akan terjerit, bila tokoh utama melaung, para hadirin akan menyahut dengan suara yang menggaung. Ketika itu, bulu tengkuk sudah berdiri dan jantung telah berdegup kencang. Semangat kian membara dalam gegak gempita suasana.

Namun, sebaik sahaja acara selesai dan para hadirin berbondong-bondong ke dewan bankuet, kehangatan perasaan sebahagian besar daripada mereka tiba-tiba mendingin! Fikiran sudah teralih daripada ingatan terhadap kata-kata semangat yang dilontar tokoh kepada juadah apakah yang sudah terhidang. Tajuk perbualan sudah tidak lagi mengenai apakah pesanan dan amanat si tokoh, tetapi perbualan basa basi yang sudah basi seperti 'apa khabar,' 'kerja di mana,' 'baju you cantik,' yang diselangi dengan ha-ha-ha yang tak berkesudahan.

Semangat Yang Hilang

Di mana perginya semangat yang membara hingga hendak terbakar seketika tadi? Mengapa fikiran dan pertuturan sebahagian besar daripada mereka boleh berputar 180 darjah, sama seperti sebelum memasuki dewan perhimpunan? Apakah yang telah terjadi? Andainya suara si tokoh boleh dilihat, agaknya kita boleh nampak bagaimana suaranya itu menerobos telinga kanan dan keluar melalui telinga kiri sebahagian besar para hadirin. Ya, semangat sebahagian besar daripada para hadirin sudah terbang menghilang.

Apakah itu semangat kalau ia bukannya perasaan kuat mengingini sesuatu? Justeru, jeritan dan laungan yang bertukar menjadi kebisuan sebaik sahaja majlis tamat itu menandakan semangat yang dizahirkan itu bukan semangat sebenarnya. Sekali pandang, kesemua yang hadir melontarkan suara lantang dengan tangan tergenggam ke udara, seolah-olah sudah menuturkannya penuh semangat.

Semangat Palsu

Padahal, apa yang sebilangan daripada mereka zahirkan adalah semangat yang dibuat-buat. Yang dipertontonkan kepada orang lain supaya jangan tidak orang lain melihat dia tidak bersemangat. Ada juga yang melahirkan semangat kerana terikut-ikut dengan keadaan. Bulu romanya juga berdiri, suaranya pun bergetar, tetapi pada ketika itu sahaja. Pekikannya dilakukan kerana kesan 'mob psychology' atau terpengaruh dengan suara dan aksi ramai.

Lazimnya sebilangan besar daripada mereka yang menghadiri sesebuah perhimpunan itu menzahirkan semangat yang dibuat-buat atau bersemangat kerana terikut-ikut. Biarpun ia semangat plastik, namun jumlahnya yang ramai itu memberi kesan terhadap pandangan ramai terhadap kumpulan itu.

Kerana itulah, kini banyak pertubuhan amat memerlukan golongan ini. Parti-parti politik menggunakan golongan pengikut sebagai tukang sorak pada setiap ceramahnya. Mereka berpindah-randah mengikut penceramah untuk menghidupkan suasana agar kehebatan tokoh parti politik itu menyerlah.

Syarikat-syarikat jualan langsung juga ada ahli-ahli baru yang masih mempunyai impian kejayaan yang masih segar. Merekalah yang meriuhkan majlis hingga menarik mereka yang belum ahli menyertai skim jualan langsung itu. Malah, syarikat-syarikat persembahan menggunakan penonton yang dipanggil 'fanatic' untuk berdiri berhampiran dengan pentas persembahan artis dan membuat riuh agar semangat konsert tumpah kepada penonton yang lain untuk menari dan bertepuk sama.

Ya, semangat yang sekejap-sekejap, yang lahir di bibir dan yang datang daripada luar tidak akan kekal lama. Yang teguh, yang ampuh adalah semangat yang mengalir di dalam pembuluh darah. Ia meresap ke dalam jantung dan bersarang di minda. Namun, semangat yang datang daripada dalam diri seseorang itu tidak mudah diperoleh.

Semangat Utuh Hasil Kesedaran Dan Penghayatan Sejarah

Ia perlu dihayati dan dijiwai kerana semangat atau perasaan yang kuat berkehendakkan sesuatu itu menjelma hasil kesedaran bila seseorang itu bertafakkur dan bermuhasabah. Tidak kira sama ada semangat memperoleh kejayaan dunia mahupun kejayaan akhirat, semangat akan bersemarak di dalam jiwa setelah seseorang memahami sejarah diri mahupun kelompoknya.

Semangat akan datang bila seseorang memandang ke belakang atau menghayati sejarah. Sejarah itu pula amat penting kerana ia berkait rapat dengan 'reflective thinking,' atau tadabbur. Berfikir dan merenung dengan tenang. Kerana itu, andainya kita asyik memandang ke hadapan atau berwawasan, semangat tidak akan diperoleh.

Oleh kerana kita asyik memikirkan masa depan ataupun berwawasan, sebab itulah kita hanya teruja untuk bertempik. Bila kita berhenti menjerit, tiada semangat yang bertakung di dalam dada. Inilah yang terjadi kepada sebilangan besar daripada kita. Ada inspirasi, ada motivasi tetapi tidak reti menyimpan semangat kerana tidak kenal sejarah.


Norden Mohamed
Ketua Pengarang akhbar Sinar Harian terbitan Grup Media Karangkraf.

Monday, April 25, 2011

Apabila Jalan Masih Kabur...

Ramai yang masih tercari-cari apa yang patut mereka lakukan bila mereka selalu gagal merancang kewangan mereka. Apa yang berlaku pada ketika ini, mereka lupa atau buat-buat lupa akan kepentingan menyimpan wang untuk masa depan, dah tau kena simpan tapi buat deett jee..

Jika sekarang mereka bertindak simpan wang sehari rm1.00, sebulan dah rm30. ok dah tu.. kena paksa diri sikit baru ada kemajuaan, jangan nak simpan pastu bila sesak guna semua.. habis tu nak buat apa simpan.. oo.. simpan untuk sesak je ..

Aku nak ajak semua orang buat simpanan dan sumbangan ke dalam Plan Takaful, ada banyak kelebihan bila menabong di PruBSN Takaful. Secara peribadinya, aku sendiri pun dah mula bersiap untuk membuka akaun plan takaful ni.. Banyak la kelebihan. Selain dari simpan, kita juga ada pelidungan dari takaful. Kalau di kajikan dari segi hukum, kita mestilah bersiap sedia untuk menghadapi kematian, jika ia berlaku, sekurang-kurangnya kita sudah ada dana untuk saudara-saudara kita menguruskan jenazah kita dan kita juga ada meninggalkan wasiat untuk anak-anak isteri kita supaya hidup mereka tidak melarat dan meminta-minta. Islam melarang meminta-minta tau.. Kita juga dapat menyelesaikan beberapa hutang-hutang kecil jika masih ada. Itu sebablah aku galakkan semua pembaca blog warongsiber ni bukak sikit minda tu..fikir2 kan ya..

sikit je post aku kali ni.. aku nak kongsi ilmu dengan pembaca semua.. jika ada soalan atau pertanyaan tentang bab ni, boleh terus call saya 013 417 8007. en nan.

terima kasih

Tuesday, April 19, 2011

Dah lama tunggu tak datang pun...

Dah lama aku tunggu tapi masih tak muncul-muncul, dah buat berbagai cara tapi masih tak menjadi, kalau kata fokus, memang boleh, tapi banyak halangan untuk terus fokus. Semalam aku try nak fokus satu job ni, tapi sama lah juga nampak macam tak jadi je.. maklum la.. modal tak cukup, bila sebut pasal modal, sebenarnya dulu aku dah dapat modal dari seorang sahabat, ya lah aku mengaku, kurang perancangan, sebab tu gagal je.. cuma ada lah sikit perkembangan. Boleh beza lah dengan diri aku dulu dan sekarang. Aku cuba nak buat kerjaya tetap aku, tapi halangannya modal pusingan tak ada, nak pinjam Mara tak ada peruntukan kata pegawai Mara, katanya kawasan yang aku tinggal tu banyak yang berhutang dengan Mara pastu tak bayar la pulak, Tekun, belum pasti aku boleh pinjam. Aku dah minimum kan kos utk perniagaan aku dah, Modal cuma Komputer yang lengkap dengan intenet dan sebuah Pejabat. Memandangkan kos sewa pejabat tinggi, aku buat pejabat begerak saja. Akan tetapi kena juga ada pejabat rasmi simpan data maklumat pelanggan.

Sampai sekarang semua tu masih peringkat rancangan sahaja. Kena bertindak ni. Ok kalau kita nak berjaya, kena tulis semua perancangan kita, dari awal hingga akhir, lepas itu ikut apa yg di rancangkan dalam kertas kerja tu.. Ingat manusia gagal bukan kerana nasib tapi mereka gagal kerana gagal merancang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More