This is default featured post 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Sunday, August 28, 2011

Dana mudah cara bantu syarikat bumiputera berdikari

Ini juga salah satu rancangan yg menarik.. apa kata jom kita baca bersama, petikan ini di bawakan khas dari Sinar Harian. Terima kasih Sinar Harian.

IPOH - Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah hari ini berkata penubuhan dana mudah cara berjumlah RM2 bilion bertujuan mengupayakan syarikat-syarikat Bumiputera bagi membolehkan mereka berdikari.

Beliau berkata keputusan yang dibuat semasa mesyuarat Majlis Tindakan Agenda Bumiputera (MTAB) itu adalah bagi membolehkan syarikat-syarikat Bumiputera berdikari dan tidak lagi mengharapkan bantuan dari kerajaan.

"Dana ini boleh digunakan untuk menguatkan pasaran, aset dan ekuiti syarikat Bumiputera dalam bersaing di pasaran global," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Penyampaian Wang Pendahuluan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada 103 penerima di Dewan Serbaguna Kampung Manjoi di sini.

Ahmad Husni yang juga Anggota Parlimen Tambun, berkata usahawan Bumiputera digesa supaya menggunakan sepenuhnya peluang itu bagi memperkasakan syarikat mereka.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan penubuhan dana berkenaan kepada syarikat Bumiputera yang berkelayakan melalui Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju).
Penubuhan dana itu hasil usahasama antara Teraju dan Unit Kerjasama Awam-Swasta (UKAS) bagi menyediakan sokongan kepada inisiatif pembiayaan swasta PFI Bumiputera.

Dana ini dijangka menjadi pemangkin kepada syarikat Bumiputera untuk mengendalikan projek besar yang mempunyai tahap kelayakan minimum nilai pelaburan RM20 juta.

Penubuhan dana ini juga diharap dapat memberi impak pelaburan dan manfaat kepada syarikat Bumiputera yang ingin memulakan perniagaan.- Bernama

Bersih sambut baik rancangan SPR

Sedikit petikan menarik dari akhbar Sinar Harian hari ni...

SHAH ALAM – Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) menyambut baik pendirian Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa mereka akan mempertimbangkan semula secara serius penggunaan dakwat kekal.

Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah berkata, keputusan itu menunjukkan SPR kini mula memikirkan cara terbaik bagi memastikan pilihan raya bersih dan adil di negara ini.

“Kita harap mereka akan merealisasikan apa yang diperkatakan itu kerana sebelum ini dalam setiap sesi dialog bersama orang ramai, mereka tidak pernah menjawab dengan jelas persoalan berbangkit terutama mengenai sistem biometrik.

“Antara persoalan ditimbulkan ialah mengenai proses pelaksanaan, prosedur yang perlu dilalui dan keselamatan sistem itu sama ada terjamin dan mampu mengatasi pengundi hantu,” katanya.

Maria Chin berkata, sekiranya SPR mengakui pelaksanaan sistem biometrik akan menelan belanja yang besar, mengapa suruhanjaya itu masih berdegil mahu melaksanakan sistem ini.
“Dalam kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Abd. Aziz Mohd Yusof sendiri mengatakan kos pelaksanaan sistem ini amat mahal, jadi, mengapa mahu guna juga?

“Dalam hal ini kita nampak perbezaan pendapat dalam kalangan SPR sendiri dan kita harap mereka dapat sepakat untuk membuat satu keputusan jelas bagi mengembalikan keyakinan rakyat,” katanya.

Beliau berkata, perkara utama yang perlu dilakukan SPR ialah membersihkan daftar pemilih kerana selagi ia tidak dibersihkan, selagi itulah rakyat tidak akan yakin terhadap pendekatan yang digunakan badan bebas itu.

“Bersesuaian dengan tuntutan Bersih 2.0, kita percaya mereka boleh melaksanakan pembersihan daftar pemilih bukan sahaja kepada pemilih yang telah meninggal dunia, malah mereka yang belum mendaftar sebagai pengundi tetapi secara automatik didaftarkan tanpa sedar,” katanya.

Sunday, August 21, 2011

Bagaimana Anda Nak Berjaya dalam MLM ? Bahagian 1

Pada pendapat aku la.. bukan mudah kalau kita buat MLM lepas sebulan kita dah nak berjaya. Aku sendiri pun sampai hari tak berjaya-jaya juga dalam bisnes MLM ni. Sebenarnya bukan apa, ada lah sebab yang buka aku nak buat alasan untuk katakan yang aku tak boleh berjaya. Aku dah cuba buat tapi mungkin sebenarnya aku tak minat 100% pada produk sebab tu aku gagal. Aku dah malas nak fikir cara lain untuk menarik lebih ramai nak join MLM yang aku buat.. Aku masih malu nak duduk di depan dan jadi orang yang selalu di tanya oleh penceramah atau MC.

Setelah lama aku tinggalkan kerjaya aku dalam bidang MLM, kini aku masuk semula dalam industri ni, dah mula balik dahh.. Kenapa aku nak join benda ni balik?

Bila aku tengok produknya , aku terus minat nak tau macam mana dia berfungsi. Banyak juga persoalan yang timbul kat kepala aku ni, boleh ke aku buat, nak cari ahli pulak, nak jual barang pulak, nak kena cari modal dan downline..aduh..sakit nya..  Produk yang bernama i-Power jadi fokus utama aku. Jika aku dapat pasang dapat la upah pemasangan sebanyak RM60 seunit. Sehari aku dan kawan pernah pasang sampai 34 unit.. banyak tu, RM1800.++ aku dapat sehari je.. belum lagi cerita Marketing Plan. Dalam tu pun ada duit jgk.

Untuk cerita seterusnya.. kena tunggu esok atau lusa la pulak.. kisah benar ni..

Wednesday, August 17, 2011

Gerakan Cegah Murtad (GCM) buat enam laporan polis.. Harian Metro 17/08/2011

 Dah akhir zaman.. Kes Murtad ni pun semakin serius dah.. kenapa lah jadi macam ni,nak salah sape lak ni, susah betul la.. kes terdedah dan terpelahang sana sini pun tak setel lagi, kes cucuk sana dia cucuk sini pun belum setel jugak lagi.. kes buang sepah-sepah budak bertali pusat pun belum setel lagi.. nampaknya tak setel-setel la.. hai..apa nk jadi la ni..
Berikut artikel dari akhbar Harian Metro hari ni..

SHAH ALAM: Enam laporan polis dibuat Gerakan Cegah Murtad (GCM) di beberapa balai polis berhubung kegiatan sesetengah pihak yang berniat memurtadkan umat Islam di negeri ini, di sini, semalam.
Timbalan Presiden Pertubuhan Penggerak Transformasi Malaysia (Pertama), Zainuddin Muhammad membuat laporan polis bersama beberapa anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini.

Beliau berkata, program yang diadakan di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Petaling Jaya, pada 3 Ogos lalu mempunyai agenda halus untuk mengembangkan Kristian di kalangan penganut Islam.
Katanya, jika perkara itu (memurtadkan orang Islam) tidak dicegah, gerakan bagi menyatukan rakyat melalui gagasan 1Malaysia juga tidak mungkin akan berjaya.

“Walaupun Malaysia memberi kebebasan beragama diamalkan, percubaan halus memurtadkan orang Islam sangat melampau dan mesti dihalang kerana ia salah di sisi undang-undang.

“Kami (GCM) mendesak supaya polis dan pihak lain yang bertanggungjawab menyiasat perkara ini dengan terperinci,” katanya.

Menurut Zainuddin, agama Islam adalah agama Persekutuan dan kes ini bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia.

Bagaimanapun, katanya GCM tidak akan berdiam diri membiarkan pihak yang sepatutnya dihadapkan ke muka keadilan terlepas begitu saja tanpa hukuman setimpal.
“Kami membuat laporan ini supaya siasatan dan tindakan undang-undang diambil, namun jika tiada siasatan dijalankan, kami akan terus bertindak supaya perkara ini boleh dibawa kepada Kementerian Dalam Negeri untuk siasatan.

“Selain itu, kami tidak mahu isu ini dipolitikkan kerana agama tidak harus menjadi alat untuk berpolitik,” katanya.
LAPOR...Zainuddin menunjukkan laporan polis yang dibuat berhubung gerakan memurtadkan orang Islam di IPD Shah Alam, semalam.
 

Tuesday, August 16, 2011

Mentega mengandungi DNA babi ? Biar Betul ni !!!

Aku cuba dapatkan isu ni kat akhbar Sinar Harian hari ni  Selasa 16/08/2011.. Jom kita baca sama-sama.


KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan mentega jenama ‘Pure Creamery Butter-Golden Churn’ yang dipasarkan di Malaysia adalah tidak halal.

Ketua Pengarahnya, Othman Mustapha berkata, keputusan itu dibuat selepas, mendapati produk itu datang dari kilang yang sama dengan yang diedarkan di Sarawak walaupun pengimportnya berbeza.

“Perkara ini disahkan wakil syarikat Ballantyne Food dari New Zealand. Berikutan itu, umat Islam diminta tidak menggunakan produk tersebut,” katanya dalam satu kenya­taan di sini.

Othman juga meminta pemegang dan permohonan baru Sijil Pengesahan Halal dari Jakim atau jabatan agama Islam negeri yang menggunakan produk tersebut, menukarnya kepada yang mempunyai sijil halal serta mengemukakan resit pembelian bahan ramuan baru.

Othman berkata, perkara itu telah dimaklumkan kepada syarikat pengimport dan mereka bersetuju menarik balik produk terbabit dari pasaran.

Pada 19 Julai lepas, Jabatan Agama Islam Sarawak mengisytiharkan produk itu yang digunakan segelintir pengusaha kek lapis sebagai tidak halal kerana dikesan mengandungi DNA (asid deoksiribonukleik) babi, menyebabkan industri makanan itu terjejas.- Bernama

Bunuh atau RM15,000 - Harian Metro hari ni.. huuuu...

Aku nak ajak korang baca petikan akbar ni.. jom baca..
 
Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa
kalidevi@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga asing bukan sahaja diculik tujuh lelaki warga senegaranya, malah turut diugut bunuh sekiranya rakan mangsa tidak membayar wang tebusan RM15,000 dalam kejadian di KL Sentral, pada 26 Ogos lalu.
Bagaimanapun, lelaki itu dibebaskan malam kelmarin sebelum membuat laporan polis berhubung kejadian itu, awal pagi semalam.

Difahamkan, pada 12 Ogos lalu, mangsa berusia 26 tahun baru sahaja hendak keluar dari pintu utama KL Sentral dan dikepung tujuh lelaki terbabit sebelum dilarikan dengan teksi.

Sumber berkata, mangsa yang cuba melawan ditumbuk di muka yang menyebabkannya pengsan dan apabila tersedar, dia berada di sebuah pangsapuri di Bandar Tasik Permaisuri, Cheras.


“Ketika berada di rumah itu, mangsa diminta menghubungi rakannya yang dikenali sebagai Mat untuk meminta wang tebusan RM15,000 dan sekiranya gagal, mangsa diugut bunuh,” katanya.

Macam-macam kes kat Malaysia ni.. macam-macam cara orang nak buat duit.. sampai nak bunuh orang.. Nasihat aku pada korang semua, cari lah cara yang halal, banyak lagi cara nak dapatkan duit.. JOM kita ber forum camna nk buat duit..

Jumpa lagi ya..

Iklan yang sempoi.. jom layan jab.

Saturday, August 13, 2011

Salam Ramadhan Untuk Semua Pembaca.

Setelah sekian lamanya aku tak update blog ni, asyik sibuk dengan kerja luar saja, bila tiba bulan ramadhan ni jarang pulak aku buat kerja luar. Kali ni berkesempatan aku nak menekan keyboard ni untuk berkarya la konon. Ok sebelum tu aku ucapkan Salam Ramadhan untuk semua umat Islam tak kira dimana jua berada.

Setiap hari ramai pulak yang nak cari duit lebih, ya la dah nak dekat raya ni, ada juga nak buat pahala lebih, ok jugak tu. Sebenarnya semua nya dapat pahala, kerja cari duit lebih tu ibadah kan. Oleh itu berlumba-lumbalah cari rezeki yg melimpah dari allah ni..

Apa pendapat anda kalau aku bertanya siapa yang patut cari duit untuk hidupkan semula surau buruk ni ?


Tentu anda akan beritahu aku penduduk setempat itu yang yajib cari duit untuk menyara keperluan di surau tu kan?  Paling tepat sekali Penduduk yang berhampiran datang ke surau tu dan cuba wujudkan Ahli Jawatan Kuasa yang melakukan aktiviti untuk menyara surau tersebut. Solan yang seterusnya timbul ialah, jika keadaan surau tu dah teruk dan memerlukan sumber kewangan yang banyak untuk membaiki semula kemudahan yang ada, bagaimana pulak tu?





Ini lah hasil dari pakatan penduduk yang sudi datang dan bergabung untuk perpaduan dan menaikkan semula surau yang telah di tinggalkan sekian lama oleh penduduknya, jawatan kuasa yang lama telah ramai yang meninggal dunia dan belum sempat untuk menwujudkan generasi jawatan kuasa yang baru. Satu mesyuarat pakatan baru di wujudkan untuk membatalkan jawatan kuasa yang lama dan wujudkan jawatan kuasa yang baru.

Bersambung...
































LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More